Drift kereta adalah satu sukan kereta ekstrim dimana pemandunya memandu sengaja melakukan oversteer dengan teknik tertentu. Malah, banyak pertandingan drift telah dianjurkan di dalam negara dan juga luar negara.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @hariezzhr_ berkongsi sebuah video memaparkan aksi drift tetapi apa yang menjadi perhatian adalah seorang mak cik duduk di dalam kereta sebagai penumpang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@hariezzhr_

Queen

♬ original sound – Hariez – Hariez

Menerusi video terbabit, dapat dilihat mak cik yang keluar daripada kereta selepas tamat aksi drift kelihatan ‘steady’ dan mampu tersenyum disambut dengan tepukan gemuruh mereka yang berada di sana.

Oleh itu, video tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berasa kagum melihat mak cik itu yang tidak kelihatan gentar walaupun menjadi penumpang.

Bukan itu sahaja, video tersebut telah dikongsikan semula di media sosial oleh netizen dan meraih pelbagai reaksi netizen. Segelintir netizen juga berasa cemburu kerana mak cik itu berpeluang merasai pengalaman yang tidak semua orang boleh rasai.

Baca: Cara mudah dapatkan pas ‘unlimited’ pengangkutan awam bernilai RM5

Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa jika mak mereka yang berada dalam kereta terbabit pasti sudah menjerit kerana situasi biasa memandu di jalanraya sudah boleh membuatkan mak mereka terkejut. Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih lebih 3 juta tontonan.

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket ketika ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Didakwa Gelap Dan ‘Seram’, Lelaki Ini Kongsi Realiti Sebenar Di Sebalik Tirai Besi Penjara Kajang

Penangan TikTok, Lelaki Malaysia Ini Sanggup Ke Indonesia Untuk Rasai Pengalaman Dikejar Zombie