Satu ketika dulu, Jennifer telah diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang sangat inginkan seorang anak perempuan.

Beliau telah dihantar ke rumah kebajikan oleh ibu bapanya kerana cacat dan tidak mempunyai kaki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jennifer pernah diramalkan tidak dapat bergerak dan hanya akan duduk di atas kerusi roda seumur hidupnya.

Tetapi kedua ibu bapa angkatnya telah meletakkan syarat yang keras – jangan sekali-kali berkata TIDAK BOLEH!

Hasilnya, Jennifer bukan saja berjaya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain, tetapi juga membesar sebagai ahli gimnas yang berjaya.

Bukan itu saja, Jennifer juga dapat menerima ibu bapa dan adik-beradik kandungnya tanpa rasa marah dan dendam.

http://www.youtube.com/watch?v=CPdmXsQMmBc

Sumber: Herb Duncan

Inilah bukti kuasa kasih sayang, hati yang cekal dan sentiasa positif yang wajar dicontohi.

Kongsikan kisah penuh inspirasi ini dengan rakan anda.