Beberapa hari ini, nama Jalil Rasheed begitu kerap di dengar. Dia seperti mencipta satu reputasi yang jarang dilakukan oleh kumpulan lama.

Berusia 38 tahun, dia adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan untuk rekod, dia adalah CEO termuda yang pernah duduk di kerusi tertinggi PNB.

Tetapi itu cerita beberapa hari lalu. Dan pada hari Isnin, bertarikh 15 Jun 2020, Jalil Rasheed telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai CEO PNB secara rasmi.

TITLE
Yahoo News Malaysia

Dalam kenyataannya di laman Twitter peribadi, Jalil berkata bahawa dia tidak pernah menyesal menyertai PNB walaupun terpaksa melepaskan jawatan kerana mahu ‘mengelak daripada perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku ke atas dia dan keluarga’.

Siapa Jalil Rasheed?

Jalil Rashid dilantik sebagai CEO PNB menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad yang kontraknya tamat pada 30 September 2019. Pelantikan ini turut mendapat tempat di dalam sejarah apabila Jalil telah menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif paling muda sejak PNB ditubuhkan pada 17 Mac 1978.

Sebelum dilantik, anak kelahiran Raub, Pahang ini adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dari London School of Economics & Political Science (LSE), United Kingdom.

Jalil mula bekerja pada tahun 2003 sebagai pelatih graduan di Aberdeen Standard Investments dan kemudian dilantik sebagai Pengurus Pelaburan dan seterusnya Ketua Ekuiti sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Aberdeen Islamic Asset Management pada tahun 2010.

668802
The Star

Dia kemudiannya meninggalkan Aberdeen untuk menerajui syarikat Invesco sebagai Ketua Pegawai Eksekutif operasi Asia Selatan pada tahun 2013, iaitu jawatan terakhirnya sebelum bersetuju untuk pulang ke Malaysia untuk memimpin PNB.

Jalil sebelum ini berpangkalan di luar negara dan pelantikannya di PNB adalah antara inisiatif kerajaan terdahulu untuk memanfaatkan bakat Malaysia yang bekerja di luar negara dan ia juga seiring dengan inisiatif strategik PNB untuk mempelbagaikan aset di peringkat global.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Isu yang mula hingar adalah apabila ada beberapa pihak mempersoalkan kelayakan akademik Jalil, yang menurut mereka adalah mencurigakan.

Jalil mendedahkan sebelum ini bahawa dia lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Perakaunan dan Kewangan dari LSE di UK.

menara_pnb_20200615234728_theedgemarkets (1)
The Edge Markets

Datuk A. Kadir Jasin mendakwa, kekeliruan itu timbul apabila ijazah Jalil diperoleh dari University of London (UoL) tetapi dia didakwa memaklumkan sebagai London School of Economics (LSE). Sedangkan, katanya, ada pihak yang menyatakan kesilapan itu adalah masalah semantik sahaja kerana LSE adalah salah satu daripada 17 kolej di bawah University of London.

Sebenarnya, Jalil tidak melanjutkan pelajaranya ke LSE di UK. Sebaliknya, dia melakukan program ijazah pelajar luar dengan University of London yang bekerjasama dengan LSE, di sebuah kolej di Kuala Lumpur, lapor The Edge Markets.

Tetapi, tidak ada salahnya untuk dia mendapatkan ijazah melalui program luar kerana memang ada rakyat Malaysia yang terpaksa mengambil jalan ini. Tidak semua orang mampu untuk belajar di luar negara, dan mereka, seperti Jalil, harus diberi penghargaan kerana berani untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Isu lain, The Edge Markets dalam laporannya semalam turut mempersoalkan adakah Jalil memainkan peranan penting dalam Invesco Ltd dan Aberdeen Asset Management, seperti yang dinyatakan dalam maklumat peribadinya di LinkedIn?

TalentCorp_REP_JalilRasheed_02
Talents Matters

Dan terakhir sekali adakah dia layak untuk dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PNB berdasarkan fakta yang diketahui semua orang?

PNB adalah salah sebuah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia yang ditubuhkan bagi memenuhi hasrat Dasar Ekonomi Baru. Syarikat ini turut bertanggungjawab mengendalikan saham syarikat nasional seperti Malayan Banking, Sime Darby, UMW, SP Setia, MIDF dan Malaysian Reinsurance.

Dengan dana sebanyak RM300 bilion dan turut mewakili simpanan lebih dari 14 juta rakyat Malaysia. Mereka yang bersuara ada hak untuk mengetahui asas utama kepada pelantikan Jalil sebagai CEO PNB.

Kecelaruan ini bukan baru bermula, September lalu ketika Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan media, dia mengatakan bahawa dia tidak tahu mengenai pelantikan Jalil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PNB, walaupun dia adalah ketua Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), yang merupakan entiti pengendali PNB.

318441
The Star

Namun dakwaan ini dinafikan oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Zeti Aziz, bahawa dia melantik Jalil tanpa berunding dahulu. Dia menjelaskan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Jalil Rasheed dilantik melalui prosedur yang betul dan perdana menteri diberitahu mengenai perkara ini.

Apa kata Jalil Rasheed?

Dalam perjalanan untuk menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dan lebih bersifat terbuka. Peletakan jawatan Jalil Rasheed sedikit sebanyak memberi kesan kepada golongan muda yang sedang mencari ruang untuk khidmat mereka diguna dalam membina Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dibuat di laman Twitter peribadinya @jrmanajemen, dia berkata terpaksa memilih “jalan sukar” untuk melepaskan jawatan, sambil pada masa sama perlu berperang dengan hati nuraninya sendiri.

Dia membuka kenyataannya dengan berkata bahawa prinsipnya ketika memegang peranan di PNB adalah tidak akan pernah goyah dalam menjalankan tugas. Walaupun dibebani dengan kesulitan atau sebahagiannya tidak popular.

Bagi Jalil, “Jalan yang mudah adalah dengan terus menikmati keistimewaan di pejabat, sambil berperang dengan hati nurani kamu sendiri.”

Dia turut menyatakan bahawa bukan niatnya mahu mengheret PNB ke dalam isu ini kerana dia percaya bahawa tidak ada individu yang lebih besar daripada sebuah institusi.

“PNB harus dilindungi dengan segala cara. Oleh itu, saya telah memilih jalan yang sukar, sendirian, yang menghancurkan saya dan keluarga,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Dalam kenyataannya, Jalil turut mendedahkan bahawa beliau menghadapi gangguan semasa memegang jawatan sebagai CEO dan presiden kumpulan PNB. Antara gangguan yang dialami olehnya adalah panggilan dari nombor yang tidak dikenali, akaun e-mel korporat dan profil LinkedIn Jalil telah digodam.

Ancaman ini sedikit sebanyak telah membuatkan dia bimbang tentang kesejahteraan keluarga dan dirinya. Baginya, ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi dia dan keluarga sekiranya masalah ini berterusan.

“Keluarga saya membuat pengorbanan yang besar, juga dari segi kewangan untuk berpindah kembali ke KL dari Singapura kerana saya benar-benar ingin menyumbang kepada pembangunan negara. Saya kecewa ini harus berakhir secara tiba-tiba,” katanya.

Bagaimanapun, Jalil turut mengatakan bahawa dia tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil untuk masuk menyertai PNB kerana baginya, sembilan bulan kebelakangan ini merupakan satu penghargaan.

PNB, dalam satu kenyataan mengesahkan peletakan jawatan Jalil dan Lembaga pengarah PNB dikatakan menerima pengundurannya dan menyampaikan penghargaan atas kepemimpinan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Apa reaksi netizen?

Bagi sesetengah pihak, 9 bulan bukanlah tempoh yang sesuai untuk menilai prestasi yang ditunjukkan oleh Jalil. Mereka berpendapat bahawa keputusan yang dibuat terlalu bersikap terburu-buru dan Jalil seharusnya di beri masa yang lama untuk terus memimpin PNB.

Ada pula daripada mereka yang memuji Jalil kerana berdiri di atas prinsipnya sendiri walaupun ditekan oleh beberapa tangan ghaib. Ada juga netizen yang mempersoalkan kenyataannya seperti cuba untuk menukar naratif sebagai ‘mangsa’ setelah kelayakan akademiknya dipersoal.

Terdahulu, kami pernah melaporkan peletakan jawatan Jalil Rasheed sebagai CEO PNB, klik pautan di bawah untuk membaca.

Jalil Rasheed Letak Jawatan Sebagai CEO PNB

Peroleh Pulangan Rendah, PNB Sedia Untuk Tingkatkan Lagi Pelaburan Luar Negara

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Dilantik Sebagai Pengerusi Terbaru PNB