Tular satu rakaman video seorang rider dirempuh dari belakang apabila sebuah kereta dipandu laju ‘lambat perasan’ penunggang motosikal tersebut berada di atas jalan raya gara-gara motosikal terbabit tidak mempunyai lampu.

Pada awal video berdurasi 1 minit 23 saat itu, sebuah kereta memasuki lebuh raya sebelum pemandunya memecut laju di lorong tengah. Beberapa saat kemudian, barulah nampak kelibat rider di hadapannya, namun pemandu gagal berbuat apa-apa lalu terus merempuh motosikal terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hantaran video yang tular itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyalahkan rider motosikal kerana tiada lampu belakang dan bergerak perlahan di lorong tengah.

Ada juga menyalahkan pemandu kereta terbabit kerana ‘menekan pedal minyak’ melebihi had laju sehingga gagal memandu kenderaan dalam keadaan selamat, andaikata dipandu lebih perlahan, sudah pasti dapat mengelak motosikal yang ada di hadapannya.

Pada masa sama, segelintir netizen menyalahkan kedua-dua pihak kerana tidak mengamalkan ‘defensive driving‘.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Dalam pada itu, netizen berharap rakaman video yang tular itu menjadi tauladan buat orang ramai agar sentiasa memeriksa keadaan kenderaan secara berkala kerana satu kecuaian boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Pada masa sama orang ramai berharap agar pihak berkuasa dapat memasang lampu di kawasan lebuh raya tersebut agar memudahkan pengguna jalan itu memandu ketika lewat malam.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.