Daripada sebuah patung biasa, lelaki yang berbakat besar bernama Noel Cruz merubahnya menjadi seratus peratus menyerupai watak Katniss Everdeen – watak utama filem The Hunger Games.

Ini bukanlah kali pertama Noel menghasilkan karya yang menyerupai karakter-karakter terkenal dunia. Malah bakatnya berjaya menarik perhatian ramai dan terbaru patung Katniss yang digubahnya dilelong dengan harga setinggi $2500 di laman jual beli eBay.

Jom kita lihat bagaimana Noel Cruz menghasilkan ‘Katniss Everdeen’ dalam versi kerdil dan comel:

1. Patung asal adalah seperti dalam gambar di bawah ini:

2. Noel mulakan dengan mengubah rambut patung berkenaan supaya kerinting sedikit seperti aktress Jennifer Lawrence.

3. Kemudian beliau memadam muka patung berkenaan sehingga bersih

4. Dan menggantikan patung tersebut dengan muka baru hasil tangannya.

5. Seni Noel sangat halus dan teliti, anda boleh lihat rupa patung berkenaan kini sudah mirip Katniss Everdeen yang sebenar.

6. Jika dibandingkan, kita dapat lihat betapa Noel memang seorang yang sangat pakar dalam meniru karakter dalam bentuk patung aksi.

7. Jadi tidak hairanlah kalau ada peminat setia The Hunger Games yang sanggup berhabis untuk memiliki patung Katniss Everdeen hasil gubahan Noel ini. Ianya sangat REAL!

LIKE Facebook The Vocket

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤