Laman Perkongsian video YouTube dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari 2005 dan video pertama di laman tersebut cuma dimuat naik pada 24 April 2005.

Video berkenaan pula bukanlah video yang hebat seperti mana kandungan YouTube ketika ini. Video ‘Me at the zoo’ ini cuma berdurasi 18 saat di mana seorang lelaki bercerita tentang pengalaman beliau melawat zoo.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Jadi siapakah sebenarnya lelaki dalam video berkenaan? Sekiranya anda seorang YouTuber, anda ‘wajib’ kenal siapa lelaki ini. Jawed Karim adalah nama lelaki ini dan beliau bukan orang sebarangan; Jawed adalah salah seorang co-founder laman YouTube itu sendiri.

Tahukah anda kesemua pengasas YouTube ini sebenarnya merupakan bekas pekerja PayPal? Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim bersama-sama mengasaskan YouTube pada tahun 2005.

Idea untuk menghasilkan YouTube bermula daripada insiden kontroversi persembahan Janet Jackson di Super Bowl 2004 Jawed berkata ketika itu agak sukar mencari klip video berkenaan di internet dan kemudiaannya tercetuslah idea untuk menghasilkan sebuah platform untuk orang ramai berkongsi video mereka di satu tempat.

Jawed sebenarnya kurang dikenali berbanding Chad Hurley dan Steve Chen kerana beliau bukan salah seorang pekerja YouTube. Beliau bersetuju bertindak sebagai penasihat sahaja kerana mahu fokus dalam pengajian sains komputer di Universiti Stanford.

Disebabkan itu, beliau memegang pegangan saham YouTube yang lebih rendah berbanding Chad dan Steve kerana role beliau yang lebih kecil di YouTube pada ketika itu.

Nasib mereka bertiga baik kerana Google melihat YouTube mempunyai potensi yang besar di masa akan datang. Hanya setahun, YouTube dibeli oleh Google dengan nilai USD1.65 bilion dalam bentuk stok saham Google.

Walaupun saham Karim di YouTube rendah, tetapi beliau tetap menerima pegangan saham bernilai USD64 juta (~RM272.7 juta) selepas pengambilalihan tersebut. Ia tetap satu nilai yang besar untuk seorang yang berusia 27 tahun ketika itu.

Walau tidak sepopular Chad dan Steve, Jawed akan terus dikenali sebagai individu pertama yang muncul di YouTube. Menariknya, ini satu-satunya video yang ada di channel YouTube beliau dan hanya akan muat naik video seterusnya sekiranya subscribers beliau mencecah 10 juta. Ada beberapa video lain yang beliau muat naik sepanjang tahun 2005 tetapi telah dipadam oleh Karim.

Ia agak mustahil kerana bilangan subscribers beliau pada ketika ini hanya sekitar 900,000 sahaja. Melihat video pertama YouTube ini, pasti menaikkan semangat anda untuk cuba buat konten di YouTube.

Ini beberapa artikel lain berkaitan YouTube. Bintang YouTube tempatan, Sugu Pavithra yang viral baru-baru ini telah berkongsi pendapatan yang beliau terima menerusi YouTube. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube

Baru 3 Minggu Di YouTube, Lagu Mengantuknya Mumia Kini Catat Lebih 10 Juta Tontonan

Resipi Sugu Di YouTube Jadi Panduan Pasangan Jepun Ini Hasilkan Kari Ayam

Anda Mungkin Suka