Pada awal minggu lalu Ketua Polis KL mengesahkan Haqiem Stopa disaman setelah didapati bersalah kerana membawa kenderaan tanpa ada lesen yang sah.

Ternyata berita itu menjadi bahan bualan warganet kerana kesalahan dilakukannya itu tidak menunjukkan contoh yang baik, lebih-lebih selepas dia dijemput datang ke sekolah untuk memberikan ceramah dan digelar sebagai ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal.

Baru-baru ini ketika Haqiem sedang membuat sesi Live di TikTok, ramai netizen menyindir pemuda berusia 22 tahun yang disaman sebanyak RM600 atas sebab dua kesalahan dilakukan semasa ditahan anggota polis.

https://www.tiktok.com/@ceoawan/video/7124951267234860314?fbclid=IwAR23i67XqkbCzhgdIef5oRtS7u0xHqqNpCjpHSr7akBDVCYC9jjOuh3_xsw&fs=e&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fada-lesen-tapi-tak-ada-audi-lemah-haqiem-stopa-koyak-diperli-netizen-ketika-live%2F%3Futm_source%3Dfb_page&referer_video_id=7124951267234860314&s=cl&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh%20My%20Media

Sindiran bertali-arus yang dilakukan oleh warganet itu telah menyebabkan Haqiem ‘koyak’ dan berubah air mukanya. Lalu untuk menutup rasa malunya, dia segera menanyakan kepada netizen yang menonton sesi Live pada waktu itu sama ada mereka mempunyai kereta Audi sepertinya.

Pertanyaan soalan itu telah menjadi bahan gelak-tawa warganet kerana semua bersetuju bahawa lebih baik ada lesen memandu daripada memiliki kereta Audi namun tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Sumber Gambar: TikTok @ceoawan
Sumber Gambar: TikTok @ceoawan
Sumber Gambar: TikTok @ceoawan

Tambah orang ramai lagi, tidak perlulah berikan perhatian kepadanya kerana lebih banyak perhatian diberikan, lebih menjadi-menjadi perangai kurang baiknya nanti sehingga menjadi ikutan kepada pengguna TikTok yang masih muda.

Sebelum ini Haqiem Stopa pernah terasa hati selepas digelar ‘Rempit TikTok’. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Jumpa Di Highway’ – Ikon Permotoran Anak Muda Balas Respon Netizen Selepas Dilabel Rempit TikTok

Ketua Polis KL Sahkan ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ Disaman Tiada Lesen Memandu

Netizen Pertikai YB Senator Gelar Influencer TikTok Ini Sebagai ‘Ikon Permotoran Anak Muda’