Apabila kita bercakap mengenai kasut jenama Converse, perkara pertama yang sering bermain di fikiran kita adalah logo bintang besar di tengah bulatan putih. Ia adalah logo ikonik yang mudah untuk diingati dan terasa dekat dengan budaya pop anak muda.

Dari semua kasut yang Converse pernah keluarkan, Converse Chuck Taylor (juga dipanggil Converse All Stars) adalah antara yang paling banyak mencuri tumpuan. Setiap pencinta kasut Converse di Malaysia pasti mempunyai sekurang-kurangnya sepasang Converse Chuck Taylor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejarah awal

Converse pada mulanya merupakan kasut buat peminat bola keranjang, tetapi seiring dengan waktu, kasut ini juga telah dicipta untuk kegunaan harian.

Kisah terciptanya Converse Chuck Taylor adalah unik. Tidak seperti cerita kolaborasi kasut yang lain, di mana mereka akan bekerjasama dengan atlet atau selebriti terkenal. 

1917-All-Star-1000×749

Chuck Taylor sebenarnya adalah lelaki yang mempunyai keperibadian yang luar biasa tetapi tetap mengambil sikap merendah diri. Jasanya telah menaikkan populariti bola keranjang di peringkat antarabangsa dan sehingga kini, ia telah menjadi antara salah satu sukan utama di dunia.

Bagi reka bentuk Converse Chuck Taylor pula, kasut ini sangat ringkas dan kasual, tetapi mudah dicampurkan dan dipadankan dengan apa jua pakaian. Dari yang tinggi – di atas buku lali – hinggalah yang rendah di bawah pergelangan kaki.

Antara ciri khas Converse Chuck Taylor ialah ia mempunyai tapak dengan getah yang tebal, diperbuat dari kanvas dan mempunyai logo bintang yang tertulis “Converse All Star Chuck Taylor” di sebelahnya.

Siapakah Chuck Taylor?

Nama sebenarnya adalah Charles Hollis “Chuck” Taylor. Dia adalah seorang pemain bola keranjang Amerika Syarikat yang dilahirkan di Indiana pada tahun 1901. Setelah tamat sekolah menengah, Taylor telah bermain untuk pelbagai pasukan profesional.

4940556_orig

Kelahiran pertama Converse All Star pada tahun 1917 tidak mempunyai nama Chuck Taylor. Penjenamaan semula hanya berlaku beberapa tahun kemudian setelah Taylor bergabung dengan pasukan Converse pada tahun 1921 dan menjadi jurujual kasut.

Seorang pemain bola keranjang yang juga merangkap jurujual kepada jenama kasut mungkin kedengaran pelik – dua kerja dalam satu masa. Namun, itulah yang berlaku bagi menampung hidup sebelum tertubuhnya NBA pada tahun 1949 dan sebelum bintang bola keranjang dibayar berjuta-juta dolar.

Tidak pasti apa yang mendorong Taylor untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Ada yang mengatakan bahawa dia sangat meminati reka bentu All Star sehingga dia ingin bekerja di Converse.

Bagi Hall of Fame Bola Keranjang, yang menyenaraikan Taylor sebagai salah seorang lagenda, dikatakan bahawa pada tahun 1921, Taylor telah bertindak ‘menyerang’ Converse di pejabat jualan mereka di Chicago  dan mengeluh bahawa kasut mereka telah mencederakan kakinya. Dia kemudiannya meyakinkan para eksekutif untuk membuat kasut khas untuk permainan bola keranjang.

chuck taylor_1464706169577_2612174_ver1.0

Converse yang bersetuju dengan cadangan tersebut telah memberi kebenaran kepada Taylor untuk membantu Converse dalam mereka bentuk semula kasut ikonik tersebut dan dia juga ditugaskan sebagai penasihat bola keranjang di Amerika. Dia juga dilantik sebagai pemain dan jurulatih untuk pasukan Converse All-Stars yang bermain di liga industri syarikat.

Selama Taylor memegang jawatan terbabit, dia telah mencipta Converse Basketball Yearbook, di mana pemain, pelatih, pasukan dan momen terhebat yang pernah dicipta oleh mereka direkodkan dan diperingati. Selain itu, dia juga telah menjalankan klinik bola keranjang di seluruh negara.

Disebabkan jasa dan kejayaannya mempromosikan kasut dan sukan bola keranjang, Converse pada tahun 1932 akhirnya membuat keputusan untuk mengabadikan nama Chuck Taylor bersama-sama dengan jenama mereka.

Dilaporkan bahawa tiada perjanjian yang dimuktamadkan. Taylor hanya menerima gaji dari Converse dan tidak mendapat komisen dari kasut yang memakai namanya.

Converse-All-Star

Kini, ramai pemain bola keranjang profesional memakai Converse All Stars. Ia bahkan dipakai oleh atlet Olimpik serta tentera Amerika Syarikat semasa latihan Perang Dunia II dan hampir 100 tahun kemudian, ia tetap menjadi kasut yang diminati ramai.

Terdahulu, Converse Japan telah memperkenalkan model Chuck Taylor All-Stars versi ‘See-Through’, klik pautan di bawah untuk membaca.

Converse Japan Perkenalkan Model Chuck Taylor All-Stars ‘See-Through’

Converse Perkenalkan Model ‘Chuck Taylor 70 High’

Gambar Kolaborasi Baharu Off-White™ x Converse Chuck Taylor 70s Tertiris