Sejak 2 hari lepas kecoh di media sosial tentang pendedahan berani seorang pemuda yang mengaku telah menceroboh masuk ke zon terlarang dan dicemari radiasi nuklear di Fukushima, Jepun.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Bagi saya sendiri yang telah mengikuti beliau sejak tahun lepas, apa yang dilakukan oleh Keow Wee Loong atau lebih dikenali sebagai KiWi, graduan lulusan undang-undang tetapi memilih kerjaya sebagai fotografer ekstrim sepenuh masa, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Memegang prinsip YOLO (you only live once) KiWi sebenarnya telah banyak kali melakukan kerja gila.

Apatah lagi beliau juga merupakan seorang rooftopper, satu aktiviti memanjat dan mengambil gambar dari bangunan tinggi.

Berikut antara senarai tindakan berani tapi gila beliau sebelum ke zon larangan di Fukushima, Jepun.

1. Memanjat Shanghai Tower tanpa sebarang alat keselamatan.

kiwi-1

Sumber gambar: KiWi

2. Memanjat bangunan pencakar langit di Malaysia. Dan ia telah dilakukan banyak kali oleh KiWi.

kiwi-3

Sumber gambar: KiWi

kiwi-4

Sumber gambar: KiWi

3. Memanjat 1 Centrum Tower dan kemudiannya di tahan polis.

kiwi-5

Sumber gambar: KiWi

4. Menyelinap naik dan memanjat beberapa bangunan tinggi di Hong Kong

kiwi-6

Sumber gambar: KiWi

5. Memanjat Swiss AEX ferris wheel di Hong Kong sehari sebelum ianya dibuka kepada umum.

kiwi-7

Sumber gambar: KiWi

6. Menyelinap naik tanpa izin ke Gunung Bromo, Indonesia dan merakam cahaya biru yang dikeluarkan dari dasar kawah Ijen .

Sewaktu di sini KiWi hampir lemas kerana asap dan udara beracun. Cahaya biru tersebut berjaya dirakam hanya sejauh 800 meter daripada tempat di mana beliau berdiri.

kiwi-9

Sumber gambar: KiWi

7. Memanjat Ping An Finance Center di Shenzen, China pada malam tahun baru 2015.

Beliau terserempak dengan pengawal keselamatan di tingkat 15 hingga berlaku adegan hide and seek. KiWi berjaya sampai ke puncak dan sempat merakam pemandangan menarik.

kiwi-10

Sumber gambar: KiWi

8. Menyelinap hingga ke puncak bangunan Marina 101 di Dubai yang masih dalam pembinaan bersama rooftopper Ibnu Anwar dan free runner Abudi Al Sagoff (keduanya juga rakyat Malaysia).

Marina 101 merupakan bangunan kediaman tertinggi di dunia (427 meter).

kiwi-11

Sumber gambar: KiWi

Baca: Cerita Belakang KiWi Dan 2 Lagi Rakannya Panjat Bangunan 101 Tingkat Di Dubai

9. Menyelinap naik ke puncak Wat Arun di Bangkok dan kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa Thailand.

kiwi-12

Sumber gambar: KiWi

10. Tahun baru 2016 diraikan oleh Kiwi di puncak salah satu bangunan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

kiwi-13

Sumber gambar: KiWi

11. Tahun 2016 – KiWi ke Gunung Bromo sekali lagi.

Kali ini beliau dan 2 rakannya menyusup naik ke gunung yang sedang ditutup untuk lawatan.

Pada ketika itu Bromo sedang menghasilkan letusan dan gegaran. Dan mereka ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan.

kiwi-14

Sumber gambar: KiWi

Baca: Misi Berani Mati KiWi Dan 2 Rakan Di Gunung Bromo, Indonesia Yang Meletus

12. Terkini – Menceroboh ke zon larangan nuklear Fukushima, Jepun bersama rakannya Koji.

Sesuatu yang berbeza dan sangat berbahaya! Menurut KiWi beliau dapat merasakan bahang panas di mata dan bau kimia yang kuat di udara sewaktu berada di bandar yang ditinggalkan ini.

kiwi-17

Sumber gambar: KiWi

Everything we do comes with a risk. Yes, I broke the law but if it’s for a good cause and as long as I didn’t hurt anyone or damage any property in the process, I’m okay with it.

I’m a weird person. I do exciting things that normal people might find a bit too much. I was born in July and I’m a Cancer – a crab never walks straight; ujar KiWi sewaktu ditemuramah oleh TimeOut.com.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group