Thor merupakan watak paling menarik dalam Avengers: Endgame dan ramai yang terkejut dengan perubahan fizikal Thor dalam Endgame. Walaupun begitu, ianya langsung tidak menjejaskan kehebatan Thor ketika bertempur. Amaran, terkandung spoiler Endgame dalam tulisan ini.

Namun, satu perkara lain yang turut menarik perhatian ramai adalah Noobmaster69. Nama Noobmaster69 ini disebut ketika Korg mengadu kepada Thor yang beliau dihina lagi oleh Noobmaster69 ketika bermain permainan video Fortnite.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Siapa sebenarnya Noobmaster69 ini di dunia Marvel atau dunia sebenar? Sebenarnya Noobmaster69 memang wujud dan merupakan nama salah seorang pemain dalam permainan video Fortnite. Namun, berdasarkan rekodnya di dalam Fortnite, sehingga 2019, beliau masih belum memenangi satu pun lagi permainan Battle Royale dan bukan pemain tegar Fortnite.

Menurut laman Syfy Wire, Nama Noobmaster ini juga turut dilihat berada di franchise permainan video lain seperti Red Dead Redemption 2, LEGO Marvel Super Heroes, Grand Theft Auto dan juga FIFA 2016. Tetapi tidak dinyatakan sama ada nama-nama ini adalah orang yang sama.

Namun, ada juga teori menarik mengatakan Noobmaster69 sebenarnya adalah Loki yang tidak mahu ditemui tetapi masih mahu ‘bergurau kasar’ dengan Thor. Tetapi ini hanyalah sekadar teori yang tidak disahkan pun oleh pihak Marvel.

Siapa Noobmaster69 ini sebenarnya? Hanya pihak Marvel sahaja yang tahu. Apa pun, nama Noobmaster69 ini sudah menjadi satu watak yang diingati oleh peminat setia MCU dan sekiranya satu watak khas dapat dibentuk menerusi nama ini, ianya pasti awesome. Mungkin sebagai villain untuk Thor 4? Segalanya mungkin di dunia MCU.

Anda Mungkin Suka