Sebelum KIA, Hyundai, SsangYong, Daewoo, GM South Korea, Renault Samsung dan Genesis. Direkodkan kereta keluaran Cadillac adalah kereta pertama digunakan di Korea Selatan pada zaman pemerintahan Dinasti Joseon.

Syarikat automotif pertama keluaran Korea Selatan adalah Sibal mulai ditubuhkan pada tahun 1955 selepas tamatnya Perang Korea oleh 3 beradik yang diketuai oleh Choi Mu-seong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sibal bermaksud Permulaan. Produk pertama Sibal adalah model Jeep yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. 50% komponen Sibal diimport terus dari Jepun dan Amerika Syarikat. Permulaan perniagaan Sibal mendapat peruntukan dan insentif pemotongan cukai dari kerajaan Korea Selatan.

9CD3818B-D122-4194-9F0D-49591AAC5224_1 (1)
Sumber: Top Gear

Kilang Sibal tidak mempunyai peralatan dan mesin seperti pengeluar kereta yang lain, semua menggunakan tenaga manusia. enjin dan transmisi diimport terus dari pengeluar Jeep, panel badan Sibal diperbuat dari tong drum minyak terpakai dan dilentur menggunakan tukul, produksi penghasilan Sibal terlalu lama. Untuk menghasilkan seunit Sibal Jeep mengambil masa sehingga 4 bulan.

Pelancaran Sibal dirasmikan oleh kerajaan Korea Selatan sempena ulang tahun kemerdekaan Korea Selatan dari penjajahan Jepun pada 1955.

Tempahan terawal Sibal datang dari kerajaan, kemudian golongan elit Korea Selatan dan syarikat teksi. Tempahan meningkat sehinggakan kilang pengeluaran Sibal berpindah sebanyak 2 kali dan menambah 2 lagi kilang pengeluaran.

Syarikat Sibal hanya bertahan 8 tahun sahaja, beberapa faktor menjadikan Sibal lenyap dari Korea Selatan. Dilaporkan Sibal berjaya menghasilkan 3 ribu unit jeep sahaja. Penghasilan jeep Sibal hanya bertahan dari 1955 sehingga 1959 sahaja, kemudian Sibal beralih kepada trak untuk kegunaan tentera sehingga muflis pada 1963.

Persaingan dari Nissan

Nissan Introduces Propilot, The Automaker’s Driver-Assist Technology

Tempoh menunggu terlalu lama untuk Sibal menjadikan pengguna di Korea Selatan beralih kepada Nissan, apabila Nissan membawa kereta keluarannya ke pasaran Korea Selatan. Nissan juga menawarkan kereta yang lebih berkualiti daripada Sibal dengan harga lebih berpatutan.

Penghapusan insentif cukai dan bantuan dana kerajaan

Kerajaan Korea Selatan menghentikan dana bantuan kepada Sibal apabila Sibal sudah menerima tempahan yang meningkat, Sibal terpaksa menaikkan harga jualan apabila tiada lagi dana bantuan dari kerajaan. Harga yang terlampau tinggi dan persaingan kereta yang diimport menyebabkan tempahan Sibal merosot.

Pada 1963 akhirnya Sibal muflis, pengasas Sibal Choi Mu-seong berhijrah ke Amerika Syarikat untuk memulakan hidup baru apabila Sibal berakhir.

Pengakhiran Sibal adalah tamparan kuat kepada kerajaan Korea Selatan, akhirnya kerajaan Korea Selatan mewujudkan polisi bagi melindungi industri automotifnya. Syarikat yang ingin menjual kereta di Korea Selatan hendaklah membuka kilang dinegaranya.

Selepas Sibal berakhir, beberapa syarikat kereta Korea Selatan wujud SsangYong pada 1963 menghasilkan trak, bus dan jeep. Hyundai menghasilkan kereta pada 1967 kereta pertama dengan kerjasama dari Ford untuk Ford Cortina dan KIA motor sebelumnya menghasilkan basikal dan motrsikal akhirnya pada tahun 1974 menghasilkan kereta rebadged kereta kompak dari Mazda.

Pada tahun 2018 Korea Selatan merupakan negara ke-7 pengeluar automotif terbesar dunia. Berikut dikongsikan sebuah gambar lama kereta keluaran Sibal.

122078269_10158951651447996_6530984246059933607_o (1)
Sumber: Facebook Muhammad Qalif

1. Sibal yang pertama digunakan di Korea Selatan. Terdapat dua jenis reka bentuk jaring hadapan untuk jeep Sibal.
2. Gambar penghasilan Sibal menggunakan tenaga manusia sepenuhnya menyebabkan Sibal terlalu lama untuk dihasilkan iaitu sehingga, 4 bulan.
3. Gambar daripada poster iklan Sibal
4. Jeep Sibal dipamerkan di muzium model pameran ini dihasilkan semula mengikut plan biru. Sibal berwarna coklat dihasilkan semula oleh Samsung.

Kenali juga jenama TIMOR yang merupakan jenama kereta nasional pertama Indonesia yang dilupakan dunia.

TIMOR, Jenama Kereta Nasional Pertama Indonesia Yang Dilupakan Dunia

Boleh Dilakukan Walau Berbadan Kurus, Mekanik Ini Tunjuk Cara Tolak Kereta Seorang Diri