Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Litar Antarabangsa Sepang atau lebih dikenali sebagai SIC (Sepang International Circuit) merupakan salah satu litar yang dikenali di seluruh dunia dengan menganjurkan beberapa acara sukan permotoran berprestij dunia.

Antara acara-acara yang telah berlangsung ialah Grand Prix Moto GP Malaysia pada 20 April 1999, Grand Prix Petronas Malaysia Formula Satu pada 17 Oktober 1999 dan Blancpain GT Series Asia pada 8 April 2016.

Tetapi akibat serangan pandemik COVID-19 sepanjang tahun 2020 yang lalu, sukan permotoran tempatan merupakan antara salah satu industri yang terjejas teruk. Banyak acara sukan permotoran yang sepatutnya berlangsung di SIC telah ditangguhkan sehinggalah keadaan pulih seperti biasa.

vocket-litar-sepang-berlari-berbasikal

Sumber Gambar: Facebook Page Richard Wee Chambers

Dalam satu webinar yang dianjurkan oleh Richard Wee Chambers yang bertajuk Steering and Marshalling the Motorsports Industry into 2021, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit, Azhan Shafriman Hanif menyatakan pihak SIC sedang melihat beberapa peluang yang boleh dimanfaatkan untuk mempelbagaikan pendapatan agar dapat terus bertahan semasa pandemik COVID-19 ini.

“Kira-kira 80 hingga 90 peratus perniagaan kami diperoleh melalui sewaan trek dan bahagian lain ialah acara antarabangsa. Apabila saya memasuki (bidang ini), saya lihat banyak perniagaan yang kita tidak manfaatkan lagi, sebagai contoh sekarang berbasikal amat diminati, mengapa kita tidak gunakan litar ini untuk kegunaan semua.

“Lebih banyak acara di SIC dengan prosedur operasi standard (SOP) jadi sesiapa sahaja boleh berbasikal dengan selamat di sini. Saya ingin membuka SIC untuk lebih ramai orang yang dipanggil merakyatkan SIC. Bukan sahaja datang untuk menonton perlumbaan, tetapi juga untuk acara lain.”

vocket-litar-sepang-aktiviti-berbasikal-malaysia

Sumber Gambar: Facebook Page Sepang International Circuit

vocket-litar-sepang-aktiviti-berlari-lari-malaysia

Sumber Gambar: Hype.my

Azhan Shafriman berkata beliau melihat peluang baik untuk memula dan menetapkan semula SIC sebagai satu jenama pada tempoh mencabar ini dan bersedia untuk merebut peluang itu apabila pasaran beralih ke arah SIC dalam kebiasaan baharu ini.

Memandangkan untuk mendapatkan penajaan dijangka sukar pada 2021, beliau berkata sektor korporat masih boleh menyokong sektor permotoran menerusi penajaan dalam bentuk lain berbanding pemberian sumbangan dana.

Jadi bagi peminat-peminat aktviti sukan berlari dan berbasikal, selepas ini bolehlah anda semua melakukan aktiviti kegemaran tanpa perlu risau risiko bahaya berkongsi jalan raya bersama dengan kenderaan-kenderaan bermotor yang lain.

Lihat kisah-kisah perkongsian netizen yang berasa kecewa dan berang dengan geng basikal pada pautan di bawah.

Tidak Peka Dan Beradab, Netizen Kecewa Geng Basikal ‘Selfish’ Guna Jalan Raya

Risau Jadi Trend Panjat ‘Roundabout Elmina’, Netizen Berang Dengan Sikap Geng Basikal

Netizen Luah Kekecewaan Selepas Melihat Gambar Bersama Basikal Di Atas Pokok Ini

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak

Anda Mungkin Suka