Bagi sebahagian peminat kereta pasti ada yang teringin untuk memiliki supercar buatan Itali seperti Lamborghini dan Ferrari kerana kedua-duanya mempunyai latar belakang yang cukup baik dalam membangunkan kereta berkuasa tinggi.

Namun harganya tidaklah murah dan tidak tetap kerana setiap pemilik akan dikenakan bayaran tambahan sekiranya melakukan customization pada kereta yang mereka tempah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang TikToker yang dikenali sebagai @abg.tesla telah menemu bual guru pemasaran terkemuka, Najib Asaddok berapakah gaji bulanan yang diperlukan untuk memakai sebuah Ferrari.

@

♬ –

“Kalau sales itu kena buat banyaklah, sebab Ferrari ini nak kena bayar RM30,000 sebulan. Jadi setiap bulan kena dapat income sekurang-kurangnya RM100,000 dan ke atas,” jelas Najib yang memakai Ferrari 488 Pista.

Tambahnya lagi, bukan saja kereta Tesla sahaja kena cas bateri, sebalik Ferrari juga perlu dicas bateri sekiranya supercar itu tidak digunakan dalam masa tiga hari. Jika Ferrari dibiarkan lama tidak dipandu, ia dapat mempercepatkan bateri ‘flat‘ dan kereta tidak dapat dihidupkan.

Perkongsian ringkas Najib itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang tumpang gembira kerana ada anak-anak muda yang berjaya memiliki supercar berlogo kuda itu yang berharga mencecah RM3 juta di pasaran Malaysia.

Sumber Gambar: TikTok @abg.tesla

Pada akhir video itu @abg.tesla ada menanyakan kepada penonton videonya sama ada berbaloi atau tidak membayar RM30,000 setiap bulan untuk memakai Ferrari.

Ada yang berpendapat kalau sudah minat, soal berbaloi atau tidak akan ditolak tepi kerana orang sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki sesuatu.

Bagi anda yang mahu memiliki Ferrari, pastikan anda mempunyai sumber kewangan bulanan yang ‘positif’ agar hutang kereta tidak menjerat diri anda di kemudian hari.

Sebelum ini The Vocket pernah berkongsi ‘kos-kos tersembunyi’ sekiranya anda mahu memiliki sebuah Nissan GT-R R35, Ford Mustang dan Maserati GranTurismo.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.