Pelbagai cara pihak tidak bertanggungjawab akan guna demi mengaburi mata orang ramai. Rakam gambar di hadapan kereta mewah ‘milik mereka’ adalah antara teknik yang biasa digunakan untuk memberi gambaran mereka telah berjaya dalam bisnes yang mereka ceburi.

Terbaharu, seorang ‘sifu’ trading yang dikenali sebagai Anai-Anai Trader telah berkongsi gambar beliau bersama jet peribadi mewah yang didakwa dibelinya hasil kejayaan bisnes trading.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Anai-anai memang tak sangka boleh ada PRIVATE JET sendiri. Dulu hidup anai-anai memang tiada tujuan. Kerja dengan gaji RM2,000 sahaja & pernah ditinggalkan tunang yang curang dengan lelaki berjaya. Perit & sakit dia tu tuhan saja yang tau.

“Anai-anai juga pernah depresi, 3 bulan tak keluar rumah. Mungkin rezeki, kawan anai-anai zaman universiti kenalkan anai-anai dengan SAHAM & TRADING,” tulis pemilik akaun tersebut.

Kisahnya kemudian tular di Twitter. Ramai yang sudah menghidu keraguan dalam penulisan sifu ini kerana golongan scammer biasa membuat tulisan seperti ini untuk menipu mangsa yang mahukan untung mudah dan cepat.

Lebih meragukan, stiker pada jet peribadi yang didakwa miliknya hilang dalam gambar lain yang dikongsikan oleh beliau.

Menerusi carian nama Tutor Perini yang tertulis pada jet peribadi tersebut, ia merujuk kepada syarikat Tutor Perini Corporation, sebuah syarikat pembinaan gergasi di Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Albert G. Tutor.

Tutor Perini Corporation mempunyai projek pembinaan skala besar di seluruh dunia dan berkemungkinan besar jet peribadi ini adalah milik mereka yang singgah di Malaysia untuk tujuan bisnes.

Seorang pengguna Facebook, Muhamamd Nur Iman turut mengesahkan ada sebuah jet peribadi Gulfstream yang didaftarkan di Amerika Syarikat berlabuh di lapangan terbang Subang dan Kuching dalam tempoh beberapa hari yang lalu sebelum berlepas kembali ke Dubai.

Adakah mampu untuk membeli jet peribadi Gulfstream sendiri? Boleh sahaja jika anda sanggup untuk laburkan USD61.5 juta (~RM257.25 juta) untuk model Gulfstream G550, tidak termasuk kos selenggara tahunan yang mencecah jutaan ringgit.

Carilah pihak yang tidak diragui sekiranya anda mahu berkecimpung dalam dunia pelaburan. Kerana modal anda yang jadi taruhan, bukan modal sifu. Beringat sebelum kena.

Sekiranya anda mahu mencari idola dalam dunia perniagaan, anda mungkin boleh jadikan Khairul Aming sebagai salah seorang sumber inspirasi anda. Baca lagi pada pautan di bawah.

Khairulaming Adalah ‘Sifu Shopee’, Berjaya Jual 10,000 Sambal Nyet Dalam 3 Minit

Kereta Dan Jam Tangan Mewah Milik ‘Datuk Seri’ Dirampas, Didakwa Terlibat Sindiket Penipuan Forex

Lelaki Ini Dedah Keadaan Markas ‘Scammer’ Di Cyberjaya Yang Busuk Dan Tidak Selesa