Semalam tular di laman sosial sebaran surat makluman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memaklumkan pensijilan halal bagi restoran makanan segera Subway tidak boleh diteruskan.

Perkara itu berlaku selepas penemuan penapis air yang digunakan rangkaian restoran itu mengandungi komponen dari sumber haiwan serta kawalan bahan mentah yang lemah oleh syarikat tersebut semasa proses audit lapangan oleh JAKIM.

Tidak mahu membiarkan perkara tersebut tular tanpa sebab, pihak bertanggungjawab dalam isu tersebut, Bahagian Hab Halal, JAKIM pada pagi tadi mengeluarkan kenyataan di laman Facebook mereka.

Dalam kenyataan tersebut, pihak mereka memberitahu surat tersebut sebenarnya adalah untuk sebaran JAKIM kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan merupakan penyelarasan dalaman antara mereka.

Ini bermaksud surat mereka bukanlah untuk tatapan umum tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkan perkara tersebut.

Ini adalah penjelasan mereka berkenaan penularan surat tersebut.

“Pihak kami telah menerima penjelasan dari Jabatan Agama Islam Negeri berkenaan berhubung penularan surat tersebut dan berdasarkan maklum balas yang diterima mendapati ia telah diedar kepada kakitangan mereka tanpa mematuhi peraturan pengendalian dokumen kerajaan sehingga menjadi tular,” kata kenyataan tersebut.

Berhubung status pensijilan halal pula, pihak JAKIM memberitahu keputusan mereka menangguhkan semua permohonan skim premis makanan bagi rangkaian restoran Subway adalah untuk memberi ruang kepada syarikat itu untuk membuat pembetulan dan penambahbaikan supaya memenuhi standard Pensijilan Halal Malaysia.

Berdasarkan pemahaman kami, buat masa sekarang ketika artikel ini ditulis, ‘surat penyelarasan antara JAKIM dan JAIN’ ini bukanlah pengumunan yang sepatutnya diberitakan kepada umum.

Pihak mereka juga telah menangguhkan permohonan skim premis makanan bagi restoran jenama Subway dan telah berbincang dengan pihak rangkaian jenama tersebut untuk memperbaiki kelemahan yang ditemui semasa proses audit lapangan oleh JAKIM.

“Keputusan menangguhkan semua permohonan skim premis makanan bagi rangkaian restoran jenama Subway adalah untuk memberi ruang kepada syarikat membuat pembetulan dan penambahbaikan yang sewajarnya supaya memenuhi standard Pensijilan Halal Malaysia setelah mengadakan perbincangan dengan JAKIM,” jelas kenyataan tersebut.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di kiriman kenyataan tersebut di Facebook juga seakan kurang faham dengan status halal tersebut.

halal subway

Jika anda adalah salah seorang yang masih keliru dengan status halal tersebut, apa kata anda membuat semakan di laman sesawang www.halal.gov.my .

Lihat bagaimana wartawan ini yang diserang netizen dan ‘bawang army Malaysia’ selepas mengeluarkan kenyataan tentang nasi lemak yang mengundang kemarahan rakyat kita sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Didakwa ‘Menghina’ Nasi Lemak, Twitter Wartawan Ini Diserang Rakyat Malaysia

Wartawan Muslim Kongsi Pengalaman Ketika Dijemput Makan Daging ‘Babi Halal’

Selepas 55 Tahun, Cawangan A&W Malaysia Di Petaling Jaya Bakal Ditutup