Baru-baru ini kita dikhabarkan bahawa Xing Fu Tang telah diperakui halal oleh Majelis Ulama Indonesia. Pastinya ia merupakan satu perkhabaran yang menggembirakan.

Akan tetapi, seorang pengguna Facebook Mohammad Aqram telah berkongsi melalui Facebook miliknya mengenai status sebenar Xing Fu Tang. Dia telah bertanya kepada pihak Majelis Ulama Indonesia melalui emel untuk mendapatkan kesahihan sijil halal yang diterima Xing Fu Tang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maklum balas yang diterima ternyata mengejutkan. Pihak Majelis Ulama Indonesia menafikan bahawa Xing Fu Tang telah menerima sijil halal daripada pihak mereka. Malah, sijil tersebut dikhabarkan dikeluarkan oleh badan yang tidak sah dan sijil tersebut adalah palsu sama sekali.

Pastinya ramai pihak yang terasa tertipu dengan isu ini. Diharap pihak Xing Fu Tang dapat memberikan maklum balas mengenai isu ini dan pihak berkuasa dapat menyiasat akan hal ini.