Tak, kita miskin hari ini bukan sebab kita beli kereta import. Bukan sebab kita tak beli rumah dulu. Bukan sebab kita tak melabur di ASB. Kita miskin bukan sebab kita pakai kereta tempatan masa beli kereta pertama.

Atau sebab kita hanya mampu bayar kereta jenama  tempatan je. Bukan itu sebabnya kita miskin.

Kita miskin, kerana kita tak membaca. Negara China terbitkan sehingga 440,000 buku baru setiap tahun. Amerika yang aqidahnya kita kata tak betul tu, terbit sehingga 304,900 judul baru setiap tahun. England terbit sehingga 180,000 buku baru tiap tahun. Rusia terbit sehingga 101,000 judul baru tiap tahun.

India, 90,000 judul baru.

Jepun, 82,589 judul baru.

Jerman, 82,048 judul baru. Ni semua angka purata terbitan judul baharu setiap tahun. Masakan negara ni terbit buku tapi orang tak baca? Penerbit terbit buku kerana adanya demand dalam pasaran.

baca-buku-2

China, Amerika, England, India, Jepun dan Jerman ni semua negara yang mencorak teknologi zaman sekarang. Sebab tu depa boleh pi Marikh, lepak stesen angkasa ISS bila depa rasa nak melepak.

Daripada kereta, teknologi depa berkembang hingga buat kapal terbang. Daripada seleceh-leceh buat unit televisyen, teknologi berkembang hingga penuh 1 rumah dengan teknologi depa, peti ais mesin basuh, dapur, air cond semua benda lah. Depa jadi negara pengeluar.

Negara ni pula, semuanya negara yang aqidahnya bukan Islam tau. Padahal dalam Islam ni, Iqra tu kan tuntutan paling tinggi? Jadi kita pun tertanya-tanya, mana negara Islam ni pi? Sampai pi Mekah pun, tasbih kopiah jubah semua ‘Made in China’? Kita jadi negara pengguna.

Dan sebenarnya jauh sangat kalau nak pi banding sampai ke Jerman yang jaraknya 12 jam perjalanan kalau naik kapal terbang tu. Cuba lihat diri kita dulu? Kita membaca tak? Kalau baca, berapa buku setahun? Berapa buku sebulan? Berapa buku seminggu?

Dalam kariah, adakah kita jadi ahli yang aktif? Adalah kita ambil peranan dalam keputusan-keputusan pembuat dasar? Adakah kita bersuara ketika melihat ketidakadilan? Adakah kita bertindak untuk membetulkan ketidakadilan itu?

Atau adakah kita – semata-mata hanya menjadi warganegara yang pasif? Dah lah tak membaca. Beli kereta import pula tu. Kondem kereta tempatab. Bila pemerintah buat salah – kita enjoi tonton sambil makan popcorn.

Dan kemudian kita tertanya-tanya – kenapa negara Muslim tak maju?

Yang tak mau maju itu ialah kita sebenarnya. Yang tak mahu membaca. Dan tak pernah menjadi warganegara yang aktif.

Orang yang miskin bukan orang yang beli kereta import dulu sebelum beli rumah pertama tau. Atau kereta pertama dia kereta jenama tempatan yang kecil.

Orang miskin ialah orang yang tak membaca. Kita miskin sebab bangsa kita tak membaca.

baca-buku

Semalam bila aku tulis pasal China terbit 440,000 buku setahun, ada yang jawab populasi China ni 1,382,110,975, jadi tak hairanlah depa terbit banyak tu buku.

Ya Tuhan, ada je alasan kau ni kan.

Aku tulis tu bukan nak suruh kau sukat ikut ratio buku per penduduk. Aku tulis tu nak bagitahu kau, betapa banyaknya buku orang terbit dalam dunia ni. Kalau dijumlahkan buku yang hanya terbit di 6 negara ni sahaja; China, Amerika, England, India, Jepun dan Jerman tu jumlahnya mungkin mencecah 1,100,531.

1 juta lebih buku terbit hanya di 6 negara. Dalam dunia ni ada berapa negara? Maknanya setiap tahun berapa juta buku diterbitkan di seluruh dunia?

Kau tu pula, setahun baca berapa buku?

Katakanlah 5 tahun ke belakang ni, mungkin mencecah lebih dari 5 juta buku baru diterbitkan. 5 tahun ni, berapa ketul buku yang kau baca? 100? 200? Atau ada 1000 buku?

Aku nak tekankan, kalau tahun ni kau malas membaca, tahun depan jumlah buku diterbitkan naik sekali ganda. Berapa banyak ruginya hidup kau ni tak membaca? Orang lain terus menulis, terus terbit dan terus membaca ni.

Tu belum lagi kita kira buku yang diterbitkan oleh negara Muslim.

Atau berapa jumlah buku yang dibaca oleh orang Islam setiap tahun? Lelaki-lelaki Arab Saudi misalnya, baca berapa buku sebulan?

Negara Muslim atau orang Islam ni tak payah lawan 1 dunia lah. Lawan 6 negara kat atas tu je dulu. Entah boleh ke dak?

Jawapannya mestilah tak boleh. Sebabnya? Sebab orang Muslim macam kau ni banyak alasan khenn? Tak payah kira seminggu lah. Kira dari semalam ke hari ni je, berapa buku kau dah baca der?