2 hari lepas, syarikat di mana saya kerja sekarang menganjurkan satu majlis perpisahan CEO merangkap majlis berbuka puasa.

Majlis ini disertai oleh teman sekerja yang datang dari pelbagai negara seperti Jepun, Filipina, Amerika, Jerman dan Kanada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun mereka tidak berpuasa seperi kita orang Malaysia, mereka menunggu bersama kami untuk makan sehingga masuknya waktu berbuka puasa. Mereka hormat kami.

Malahan, sesetengah dari mereka turut mengenakan baju Melayu lengkap dengan samping dan songkok untuk memenuhi tuntutan tema majlis.

Saya pernah lihat orang Jepun memakai baju Melayu ketika saya di Jepun dulu tapi ini kali pertama saya lihat orang Jerman memakai baju Melayu. Menarik! dan kami mula panggil dia dengan nama timangan Ahmad!

Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah apabila kami mula mengambil makanan (buffet style), saya dapat lihat 3 orang VIP dari Jepun juga beratur di belakang kami.

Seorang dari mereka adalah CEO kami, seorang Presiden ibu syarikat kami (rakan golf Perdana Menteri Jepun) dan seorang CEO dari parent company kami.

jepun

Mereka ini adalah individu yang mempunyai pangkat yang sangat tinggi dalam syarikat masing-masing tetapi masih beratur seperti pekerja biasa untuk mengambil makanan.

Tiada layanan khas, tiada meja khas, tiada makanan khas (minum pun Air Katira Abu Bakar dari bazar ramadhan yang popular di Johor Bahru) dan mereka kelihatan sangat selesa dengan keadaan itu.

Bila saya teringat bagaimana Islam mengajar kita melayan sesama manusia tanpa melihat pangkat, dan realitinya di Malaysia, saya malu sendiri. Malaysia itu tinggi dan selalunya tinggi. Jepun itu tinggi juga tapi mereka tahu bila untuk menjadi rendah.

Baca lagi: Kenalkan Anak Erti Susah, Apa Saya Belajar Daripada Orang Jepun