Bukan selalu kita dapat bertemu haiwan eksotik seperti tapir kerana habitatnya yang berada di dalam hutan. Namun sekali sekala, haiwan ini akan ‘tersesat’ jalan sehingga ke bandar dan jalan raya.

Kejadian jalan raya yang melibatkan tapir tidak dapat dielakkan dan menurut Persatuan Haiwan Malaysia, hampir 40 ekor tapir mati tahun ini akibat kemalangan jalan raya di seluruh dunia. Kemalangan ini sedikit sebanyak mengecilkan lagi populasi tapir yang tinggal di hutan-hutan di seluruh Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kematian tapir-tapir ini memang tidak dapat dielakkan. Namun perkara jijik yang dilakukan terhadap bangkai tapir ini sesuatu yang kita boleh perbaiki di masa akan datang. menurut Persatuan Haiwan Malaysia, pada 24 Disember 2017 jam 6.40 pagi seekor tapir ditemui mati di tepi jalan Kampung Renuk Baru, Gua Musang.

Kematian tapir ini ditambah duka apabila badan tapir ini disiat kulitnya dan bahagian muka tapir ini dirobek sehingga berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Ianya bukan kes pertama bangkai tapir ini disiat kerana kejadian seperti ini turut berlaku di Hulu Langat October lalu.

Sehingga ini tidak pasti apa motif orang ramai yang sanggup melapah kulit bangkai tapir ini. Apa yang mereka ingin buat dengan kulit tapir ini? Apa yang mendorong mereka untuk berbuat sesuatu yang kejam seperti ini kepada bangkai haiwan eksotik ini? Tetapi ada yang berpendapat kulit tapir ini mampu mengubati pelbagai jenis penyakit tetapi kepercayaan itu sehingga kini masih belum dibuktikan secara saintifik.

Pihak Persatuan Haiwan Malaysia mmahu Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia untuk menyegerakan cadangan dan tindakan kepada kerajaan pusat di Putrajaya agar bergegas mengkaji keperluan membanyakkan laluan haiwan (Animal Viaduct) di kebanyakan tempat di lebuh raya dan jalan raya yang dikenal pasti sebagai laluan haiwan liar seluruh negara.

viaduct

Laluan haiwan ini adalah perkara biasa di negara luar bagi memelihara haiwan liar seperti seperti tapir, beruang, harimau, gajah dan banyak lagi agar kemalangan seperti ini dapat dielakkan.

Namun kejadian seperti ini memang tidak dapat dielakkan. Apa yang dapat kita lakukan ketika ini adalah dengan menghormati bangkai-bangkai hidupan liar ini dan membiarkan badannya dalam keadaan yang sempurna. Harap kita dapat berubah daripada terus dikaburi mentaliti kelas ke-10 dan menjadi insan yang lebih baik dalam menangani kes seperti ini.