Sejak beberapa akhir ini, telah dipertontonkan kepada dunia usaha beberapa aktivis dunia untuk mengetengahkan isu perubahan iklim serta budaya pengurusan sampah yang tidak teratur.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Melalui laporan kami terdahulu pernah memaparkan bagaimana sikap malas manusia dengan membuang sampah di sungai.

Beberapa bulan lalu juga telah wujud satu perkuburan bagi mengingati mereka yang mati disebabkan plastik.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Terbaru, British Museum mengumpulkan sampah berusia ribuan tahun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat semasa.

Antara sampah tersebut adalah sebuah cawan pakai buang yang dipamerkan dalam The Asahi Shimbun Displays Disposable? Rubbish and Us. 

Apa yang jelas, mesej yang cuba dibawa oleh British Museum adalah betapa manusia sudah tidak mempedulikan dunia dan budaya malas membuang sampah ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi.

Disposable_Rubbish_and_Us_group_highlight_2_0

British Museum

Cawan yang dibuat daripada tanah liat yang berusia 3,500 tahun ini berasal dari peradaban Minoa. Para pengkaji menemukan sisa anggur di bahagian dalam cawan tersebut dan mereka menyamakan budaya ini dengan cawan plastik yang sering kita guna sekarang.

Para pengkaji menyifatkan bahawa cawan tanah liat ini dipakai hanya sekali kerana hampir ribuan cawan sama ditemukan oleh pihak British Museum.

Terdapat persamaan antara cawan zaman dahulu dan cawan zaman sekarang – kedua-duanya adalah sampah pakai buang yang menunjukkan budaya orang zaman dahulu sama seperti masyarakat moden sekarang. Kedua-duanya malas untuk membuang sampah dan menghapuskan sampah mereka.

a38fb22db1097bb7ea292b8da72babca

British Museum

Pihak British Museum menyatakan bahawa mereka bukanlah bermaksud untuk membuat para pengunjung ‘rasa bersalah’ ke atas semua sampah yang dibuang. Tetapi lebih kepada menekankan kepada realiti bahawa tidak kira pada peradaban mana pun. Isu sampah tetap menjadi isu utama.

Cuma perbezaan dahulu dan sekarang adalah peradaban Minoa tidak mengeluarkan sampah sebanyak mana yang kita hadapi sekarang.

Berikut adalah cerita lain mengenai sampah yang pernah kami tulis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Sampah Dan Dirosakkan Tidak Sampai 24 Jam Pembukaannya

Robot Bakal Bersihkan Ruang Angkasa Menjelang 2025, Tetapi Bagaimana Sampah Boleh Sampai Ke Sana?

Mudah Tetapi Jijik, Lihat Bagaimana Sistem Pengurusan Sampah Dilakukan Di India