Sikap terpuji yang dimiliki adik ini harus dicontohi oleh setiap rakyat Malaysia apabila beliau membantu uncle Cina yang tersadai di tepi jalan kerana kehabisan minyak kereta.

Dalam satu perkongsian yang dibuat di grup Facebook, seorang bapa berkongsi kisah anaknya yang turun membantu seorang lelaki berbangsa Cina ketika dalam perjalanan pulang menghantar adiknya ke sekolah bersama ibunya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

uncle1

Menurut bapanya, adik Muhammad Iman Nurhafidz mengajak ibunya untuk membantu lelaki tersebut.

Adik Muhammad Iman menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh uncle tersebut pada mulanya.

Uncle tu jawab takpe-takpe lu pun banyak bz (sibuk) tak dak masa nanti ada org tolong,” kongsinya dalam kiriman tersebut.

Adik itu yang kembali ke keretanya selepas itu bagaimanapun keberatan untuk meninggalkan uncle selepas setiap kereta yang ditahannya tidak berhenti untuk menghulurkan bantuan.

“Jadi untuk kali ini anak saya pon keluar dari kereta terus pergi ke kereta bagitahu tak apa uncle saya tolong, pergi beli minyak dgn ibu saya.. uncle tunggu jer dekat sini,” katanya.

3

Walaupun Uncle itu mahu memberi upah selepas itu, adik Muhammad Iman bagaimanapun menolak dan memberitahu Uncle tersebut untuk mengisi minyak keretanya.

“Bergenang air mata Uncle tu. Sambil berkata u orang islam yang sangat baik.

“Mahu kasi upah pun tak mahu, mahu kasi duit pun tak mahu, lagi buang masa tolong sama saya,” kata Uncle itu dalam keadaan sebak.

Mengakhiri kiriman tersebut, bapanya memberitahu pengajaran daripada kisah tersebut adalah kita rakyat Malaysia tidak pernah mengajar anak-anak kita untuk bersifat rasict dan sentiasa membantu mereka yang berada dalam kesusahan tanpa mengira bangsa atau kaum.

“Terima kasih anakku Muhammad Iman Nurhafidz. Doakan agar Iman jadi anak yang soleh kaya berjaya dunia akhirat.. Amin,”. katanya dalam kiriman yang turut dikongsi di beberapa grup Facebook.

Generasi muda di negara bukan sahaja baik baik belaka tetapi ada juga yang berbakat sehinggakan boleh melukis pelan untuk renovate rumah sendiri seperti yang pernah kami tulis di bawah sebelum ini.

Persis Arkitek, Kanak-Kanak Ini Kreatif Lukis Lakaran Ubah Suai Rumah Di Usia 12 Tahun

Lelaki Berbangsa Cina Ini Generasi Terakhir Pengukir Batu Nisan Untuk Muslim Di Kuala Selangor

Gadis Ini Kongsi Rahsia Hafal 30 Juzuk Al-Quran Dalam Masa Tidak Sampai Dua Bulan

Sumber