Masih pening memikirkan tempat menginap yang kondusif ketika bercuti di Melaka? Bimbang akan layanan dan keselesaan tempat tinggal? Inginkan harga yang berbaloi dan berpatutan dengan suasana sekeliling tempat tinggal ketika melancong ke negeri bersejarah itu?

Kini, Melaka mempunyai banyak tempat penginapan yang sangat selesa dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Para pelancong boleh memilih dan melihat sendiri suasana yang dinginkan di tempat penginapan pilihan di sekitar kawasan Melaka.

Bagi pelancong yang inginkan privasi dan suasana sekeliling yang aman dengan melihat suasana indah dari pandangan atas langit Silverscape 35F Malacca merupakan pilihan yang tepat buat anda yang menginginkan seaview.

silverscape 3
PEMANDANGAN SEAVIEW DARI SILVERSCAPE

Silverscape 35f merupakan penginapan mewah Seaview yang terbaru dan tertinggi yang berada di tengah-tengah Bandar Melaka. Ia merupakan sebuah rumah yang selesa di mana anda boleh melihat Selat Melaka dari keselesaan balkoni lantai yang disediakan.

Silverscape merupakan penginapan yang berkonsepkan studio yang mempunyai 4 katil yang terdiri daripada satu katil queen, satu katil sofa dan dua tilam lantai. Anda boleh datang bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda untuk menginap di sini kerana mereka menyediakan banyak tempat dan ruang yang selesa untuk dinikmati.

silverscape 4
SUMBER DARI AIRBNB

Silverscape juga dilengkapi dengan kemudahan wifi yang berkelajuan 100Mbps. Selain menyediakan sambungan internet yang berkelajuan tinggi, mereka juga menyediakan sofa yang selesa, meja kerja yang tinggi, dua penghawa dingin dan pancuran mandi dengan tab mandi yang dipanaskan.

silverscape 6

silverscape 5
SUMBER DARI AIRBNB

Selain daripada kemudahan yang berada di dalam studio tersebut, Silverscape juga dilengkapi dengan infinity pool, bilik wap dan sauna untuk dinikmati dan diluangkan bersama keluarga. Anda juga boleh mencergaskan badan anda dengan bersenam di pusat gym dan gelanggang skuasy yang disediakan di situ. Menarik bukan?

silverscape melaka silverscape melaka 1

silverscape melaka 3

silverscape 10

silverscape 9
SUMBER DARI AIRBNB

Apa yang menarik lagi, kawasan Silverscape ini mempunyai kemudahan akses ke pawagam terbesar di Melaka dan turut mempunyai skybridge.

Kepada anda yang meminati dan menyukai suasana yang mempunyai pandangan dari sudut ‘Seaview’, Silverscape merupakan pilihan yang tepat untuk didiami di sekitar kawasan Melaka dengan kadar harga yang rendah dan berpatutan iaitu RM89 satu malam. Anda boleh klik di sini untuk menempah.

Sumber