Rasanya banyak yang ingin dikongsi dalam kes-kes forensik akaun, skandal korporat sama ada tempat mahupun luar negara yang boleh dijadikan pengajaran buat generasi akan datang. Saya akan paparkan semula seringkas mungkin Sime Bank yang dilupai ramai.

Bank ini mungkin sudah dilupai kewujudannya. Pada tahun 1995, Sime Darby adalah salah satu konglomerat korporat terbesar di Malaysia dan masih lagi terbesar ketika ini dengan pasaran modal berbillion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sime-Bank-Bhd

Sime Darby telah membeli bank United Malayan Banking Corporation yang kemudian dinamakan sebagai Sime Bank. Pada Jun 1997, Sime Bank telah mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM449 juta yang mana jumlahnya lebih kurang 27% keuntungan Sime Darby tetapi dibuat dengan kenaikkan nisbah loan-to-deposit ratio melebihi 120%. Bayangkan!

Kejatuhan Sime Bank bermula pada suku tahun pertama 1998 impak daripada deflasi yang berlaku di rantau Asia. Pada ketika itu, Sime Bank adalah bank keenam terbesar di Malaysia.

Bank Negara telah mengumumkan pada Mac 1998 Sime Bank telah mengalami kerugian yang sangat teruk iaitu sebanyak RM1.8 billion pada separuh tahun pertama tahun kewangan December 1997.

building_BNM_resized
Sumber: Bank Negara Malaysia

Kerugian disumbang oleh provisio yang tinggi untuk non-performing loan (NPL) sebanyak 18% atau lebih kurang RM4 billion daripada jumlah pinjaman. Disebabkan itu, Sime Darby sebagai syarikat induk kerugian RM1.1 billion, kerugian pertama dalam sejarah penubuhan Sime Darby dan menyebabkan harga saham sime darby menjunam teruk.

Pada Oktober 1998, Danaharta mengumumkan pengambilalihan 95% NPL Sime Bank berjumlah RM6 billion. Dalam kes Sime Bank, kegagalan berpunca daripada tadbir urus korporat yang teruk dan strategi mempelbagaikan perniagaan yang buruk atau bad business diversification.

Pertamanya, Sime Bank dikatakan mempunyai sistem pinjaman yang tidak diuruskan dengan baik. Di sana terdapat banyak aktiviti pinjaman berlaku tetapi banyak dipinjamkan kepada spekulator pasaran saham samada melalui bank sendiri atau syarikat broker Sime Securities.

Jumlah pinjaman hampir mencecah RM1.2 bilion daripada jumlah portfolio pinjaman (22%) yang dibenarkan oleh Bank Negara yang melebihi had silling 15%. Sime Securities telah meminjamkan hampir RM1 billion kepada seorang individu dengan niat untuk flagging dan collateral harga saham dari jatuh menjunam.

Bila pasaran saham jatuh menjunam, Pinjaman Sime Bank dan collateral juga terjejas dan kerugian besar. Kelemahan ketara dalam sistem pinjaman Sime Bank disumbang oleh internal control. Proses yang meluluskan pinjaman tersebut dipersoalkan dan dalam kes tertentu ada campur tangan dari individu yang berpengaruh.

Kegagalan Sime Bank juga disumbang oleh pengurusan risiko Sime Bank sendiri. Ini diakui oleh Nik Mohamed Yaacob selaku CEO Sime Bank pada ketika itu yang mana mereka telah memasuki dalam bidang yang bukan perniagaan teras mereka.

ceo
Sumber: Free Malaysia Today

Bekas CEO Sime Bank, Datuk Ismail Zakaria didenda RM600,000 kerana meluluskan fasiliti kredit RM175 juta kepada firma pelaburan Everise Capital Sdn Bhd yang mana bukan bidang kuasa beliau untuk meluluskannya pinjaman tersebut.

Akhirnya Sime Darby telah membuat keputusan menutup kerugian tersebut dan menjual Sime Bank kepada RHB bank pada April 1998 seiring dengan usaha bank negara ketika itu dalam menstrukturkan semula sektor perbankan.

Pada minggu lalu, PM telah mengumumkan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar kepada rakyat Malaysia yang terpilih.

PM Umum Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar Kepada Golongan Memerlukan

Shopee Perkenalkan Kad Kredit Visa Dengan Kerjasama Bersama Maybank