Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sekiranya beberapa tahun lalu, syarikat perumahan rancak menaikkan harga rumah berikutan permintaan yang tinggi, lain ceritanya pada tahun apabila beberapa syarikat telah mula menawarkan rumah pada harga diskaun berikutan jumlah rumah tidak terjual yang kian meningkat.

Dalam usaha untuk mengisi kekosongan rumah tidak terjual dengan lebih cepat, syarikat ini telah mengambil inisiatif untuk menawarkan rumah yang siap dibina dengan harga yang lebih rendah.

Lot15entrance
Sumber: EdgeProp.my

Berdasarkan laporan kewangan suku tahun ketiga, Sime Darby Property Sdn Bhd sekadar memperoleh sebanyak RM28.8 juta. Jumlah yang diterima ini ternyata jauh berbeza iaitu 93% lebih rendah berbanding setahun yang lalu dimana syarikat ini memperoleh jumlah keuntungan bersih sebanyak RM421 juta.

Selain jumlah penjualan rumah yang rendah, penurunan keuntungan projek Battersea di London antara yang memberi kesan buat Sime Darby Property Sdn Bhd.

P1000393_large
Sumber: PropSocial

Untuk pengetahuan anda, harga maksimum bagi rumah mampu milik di Malaysia adalah sekitar RM282,000. Ini adalah cadangan Bank Negara Malaysia. Namun begitu, hanya 21% rumah yang dibina pada 2017 adalah rumah berharga RM250,000 ke bawah.

Baca lagi: Apa Sebenarnya Yang Berlaku Mengenai Isu Pemilikan Rumah Di Malaysia