Simon Cowell menarik diri dari X Factor Israel dan tidak akan menjadi juri untuk rancangan terbabit, lapor Jewish News, akhbar Yahudi terbesar di Britan.

Bagaimanapun, dia tidak memberi apa-apa alasan yang jelas mengapa dia menarik diri daripada pertandingan mencari bakat terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun beberapa sumber yang dekat dengan Cowell menyatakan bahawa Simon tidak dapat berada di Israel disebabkan beberapa sebab yang tidak boleh dinyatakan kepada media.

Jurucakap Reshet memberitahu media Britain semalam bahawa Cowell mempunyai alasannya tersendiri dan mengatakan syarikat itu enggan menyatakan sama ada Cowell akan turut serta dalam produksi terbabit.

Dalam masa yang sama, anggota staf Cowell memberitahu media bahawa dia prihatin dengan apa yang terjadi di antara Israel dan Gaza.

Berita Yahudi itu turut memberitahu bahawa tidak ada penjelasan yang jelas adakah penarikan diri Cowell disebabkan konflik yang berlaku di sana.

Bagi pihak penerbit pula, mereka memberi alasan bahawa Cowell mempunyai kebimbangan mengenai kesihatannya dan terkesan dengan jadualnya yang sibuk.

Disahkan keturun diraja Palestin, ayah Bella Hadid dedah pernah dilayan kejam oleh Yahudi Israel. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Disahkan Keturunan Diraja Palestin, Ayah Bella Hadid Dedah Pernah Dilayan Kejam Oleh Yahudi Israel

Dengan Teknologi Canggih, Pesawat Pengintip Israel Ada Kemampuan ‘Ganggu’ Malaysia

Sumber