Gambar-gambar ketika anda masih kecil semestinya disimpan kemas dalam album. Sebelum kamera digital, kamera analog adalah gajet untuk merakam sebarang peristiwa atau majlis dan untuk tengok gambar itu, anda kena cucinya terlebih dahulu. Sekarang semuanya sangat mudah. Anda rakam dan terus boleh lihat gambar yang dirakam.

Masa berganti masa. Akhirnya album gambar anda kini disimpan di dalam stor. Kalau anda tidak kemas stor, anda pun tidak mungkin akan mencari kembali kotak yang terkandung gambar-gambar lama anda. Terima kasih kepada Google, Google memperkenalkan PhotoScan, aplikasi untuk anda merakam gambar-gambar lama anda dan menyimpannya secara digital.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

screen-shot-2016-11-16-at-1-40-37-pm

screen-shot-2016-11-16-at-1-40-28-pm

PhotoScan adalah scanner yang lebih moden dan sangat mudah untuk digunakan. Kalau anda masih bergantung kepada scanner gambar yang traditional, sekeping gambar sahaja ambil masa yang lama. Jadi dengan aplikasi ini, anda cuma perlu imbas gambar di empat penjuru dan terus gambar itu nanti diabadikan secara digital. Selepas ini tidak perlu susah payah buka album untuk lihat gambar-gambar lama anda.

PhotoScan juga akan membuang segala silauan ketika anda mengimbas gambar dan gambar yang anda imbas akan hampir sama dengan gambar yang sebenar. Cool kan? Anda boleh muat turun aplikasi ini sekarang secara percuma untuk iOS dan Android. Kami sangat teruja dengan aplikasi awesome ini.

Sumber