Mulai dilancarkan pada tahun 1998, model motosikal Yamaha 125zr nampaknya masih mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga ke hari ini khususnya buat peminat motosikal enjin dua lejang.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Yamaha 125zr yang hadir dengan beberapa generasi dan edisi ini dilihat mulai menerima peningkatan harga selepas pihak Yamaha mengesahkan untuk tidak lagi mengeluarkan model ini.

Di sebalik peningkatan harganya menerusi permintaan peminat yang masih tinggi, siapa sangka model Yamaha 125zr Movistar baru-baru ini telah diiklankan oleh Zack Bangi menerusi Facebook group Jual Beli Barang Yamaha 125zr Dan RX-Z Malaysia dengan harga mencecah RM95,000.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Mengulas dari segi harga, Difahamkan model edisi ini yang cuma ditawarkan sebanyak 5,000 unit sekaligus membuatkan model ini menjadi rare. Penjual turut sedia menerima pertukaran suka sama suka dengan kereta pacuan roda atau Honda Civic FC di mana penjual sedia menambah sebanyak RM30,000.

Pihak penjual turut memaklumkan sebarang kereta lain khususnya daripada Proton atau Perodua tidak akan dilayan kerana tidak menepati taste.

Iklan beliau seperti yang disangka telah menjemput para netizen untuk memberi respon serta menyoal harga tinggi yang ditawarkan buat model yang didakwa rare berkenaan. Berikut merupakan komen netizen mengenai perkongsian beliau di Facebook.

Sumber: facebook Jual beli barang yamaha 125zr dan rx-z malaysia
Sumber: facebook Jual beli barang yamaha 125zr dan rx-z malaysia

Melihat kepada respon netizen, masing-masing terkejut serta mempersoal pilihan beliau untuk menjual motosikal Yamaha 125ZR dengan harga yang tinggi. Tidak kurang juga yang mencadangkan agar pembeli mendapatkan model Yamaha R1 atau Ducati Panigale untuk pembelian yang lebih berbaloi.

Untuk pengetahuan, tahun 2020 telah menyaksikan seorang pembeli sanggup mendapatkan model Yamaha 125zr pada harga RM85,000. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Selepas RX-Z RM70,000, Giliran Yamaha 125zr Pula Terjual Dengan Harga RM85,000

Peniaga Dakwa Topi Lama Proton Saga Aeroback Ini Terima Tawaran Setinggi RM12,000

Pembelian RX-Z RM100,000 Sekadar Gimik, Tauke Kedai Dedahkan Harga Sebenar Cuma RM45,000