Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti sedia maklum, menabung merupakan salah satu amalan yang baik serta ia mengajar kita untuk meninggalkan tabiat boros dan suka membazir. Namun, baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang warga emas di Payakumbuh Sumatera Barat dikenali sebagai Biyok, berusia 81 tahun yang dikatakan menyimpan wang yang terlalu banyak di rumahnya.

Difahamkan Biyok hanya bekerja sebagai pencuci pinggan. Namun siapa sangka, dengan hasil gaji pekerjaannya itu, dia mampu menyimpan wang yang diisi ke dalam karung yang terlalu banyak di rumahnya. Tidak cukup tangan dibuatnya, difahamkan Biyok telah memangil seramai 16 orang jiran terdekat untuk turut sama membantunya mengira jumlah sebenar wang tersebut.

Menurut Tribunews, Biyok pada awalnya tinggal bersendirian di rumah dan tidak berkahwin. Disebabkan usianya yang telah uzur dan tidak mampu melakukan kerja rumah, Musleniyetti, ketua kampung Lurah Tigo Koto Diate terpanggil untuk melawat ke kediaman Biyok yang tidak terurus itu setelah didapati terdapat timbunan pakaian hasil sumbangan orang ramai.

Semasa berkemas, paling mengejutkan apabila ketua kampung menemukan banyak karung guni berisikan wang berjumlah antara 100 rupiah (+- RM0.02 sen) sehingga 100,000 rupiah (+- RM28) di dalam rumah Biyok.

Dia kemudiannya memanggil lapan orang setempat untuk membantunya mengira wang milik Biyok itu. Namun, lapan orang sahaja tidak cukup dan kiraan pada hari kedua diteruskan bersama 16 orang.

“Wang tersebut bertaburan di atas lantai serta tersorok di bawah timbunan lipatan kain dan di bawah bantal dan tilam.

“Kami mengira lebih dari 80 juta rupiah (RM23,000) dan ini belum lagi bercampur dengan wang di dalam akaun bank.

Difahamkan ketika ini wang milik Biyok masih belum lagi habis dikira kerana mereka juga mengambil masa yang banyak untuk mengemas serta mengumpul kesemua wang yang berada di dalam rumah itu.

Baca lagi perkongsian daripada kami yang lain menerusi klik pada pautan di bawah.

Pelajar Ini Kongsi Cara Berkesan Menyimpan Wang Lebih RM600 Dalam Masa 3 Bulan

5 Cara Menyimpan Wang Dengan Efektif Dan Mudah Khas Buat Anak Muda

 

Anda Mungkin Suka