Setelah lama menjadi teka teki dikalangan para pencarum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada hari ini telah mengumumkan jumlah dividen bagi tahun 2018.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, jumlah dividen yang diterima buat pencarum simpanan konvensional adalah sebanyak 6.15% manakala simpanan shariah dikredit dengan dividen 5.9%. Berikut merupakan jumlah dividen yang diterima pencarum melalui simpanan konvensional.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2019-02-16 at 12.56.39 PM
Sumber: RinggitPlus

Sebagai perbandingan, jumlah dividen KWSP yang diterima pencarum sedikit menurun pada tahun ini. Kenyataan ini turut diulas oleh Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dimana penawaran dividen yang sedikit rendah berbanding tahun lalu adalah disebabkan prestasi kurang memberangsangkan untuk sektor telekomunikasi, pembinaan dan minyak dan gas dalam portfolio domestik.

Selain itu, jumlah yang perlu diagihkan untuk setiap 1.00 peratus kadar dividen untuk tahun 2018 adalah lebih tinggi pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM7.72 bilion berbanding RM7.02 bilion pada tahun 2017.

Samsudin EPF
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman

Mengulas mengenai prospek pelaburan, Tan Sri Samsudin Osman berkata Ketidaktentuan dalam pasaran global mungkin akan berterusan berikutan perang dagang diantara Amerika Syarikat dan China. Faktor luaran yang lain seperti Brexit, kelembapan pertumbuhan ekonomi global dan kenaikan kadar faedah AS antara yang dijangkakan.

Walaubagaimanapun, KWSP berjaya menawarkan jumlah dividen melebihi kadar inflasi setelah ramai yang menyangka jumlah dividen yang diumumkan pada tahun ini adalah dibawah kadar 6%.

Sumber