Berikutan laporan berkenaan bekas pegawai eksekutif dan kakitangan pengurusan kanan membuatkan sesetengah pendeposit agak risau mengenai wang simpanan mereka. Hari ini menerusi satu kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat untuk menjawab mengenai isu tersebut.

Menurut beliau siasatan polis terhadap pegawai-pegawai berkenaan tidak memberi apa-apa impak kepada operasi Tabung Haji dan pendeposit perlu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka. Jaminan keselamatan wang pendeposit dikuatkan lagi dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sesiapa yang terlibat dalam penggelapan wang pendeposit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jumaat lalu, pihak Tabung Haji telah membuat dua laporan polis mengenai penyelewengan dana berjumlah RM22 juta melibatkan Yayasan Tabung Haji pada 2017 dan penjualan saham sebanyak 95% milik PT TH Indo Plantations yang merupakan anak syarikat TH Indopalms Sdn. Bhd. (THI) dan TH Indo Industries Sdn. Bhd. (THII) yang bernilai RM3.8 bilion pada 2012 kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo).