Semalam kecoh di media sosial apabila Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish membuat pendedahan mengenai perangai sebenar bapa kandungannya yang membuatkan dia menjadi dirinya sekarang ini.

Aqish membuat pendedahan terbabit apabila dijemput di saluran YouTube brosgangtv untuk berkongsi kisah disebalik terjadinya identiti ‘Aqish’ ketika ini yang dilihat sangat berlainan dengan dirinya sewaktu kecil dulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Aqish, dia yang masih kecil ketika itu bersama ibu terpaksa hidup dengan ‘nafsu binatang’ bapa dan antara perbuatan jijik yang dilakukan adalah serangan seksual.

Tambahnya, ayahnya juga seorang yang suka menonton filem lucah dan pernah suatu masa ketika di restoran, ayahnya membuka video lucah di hadapan rakan-rakan seolah menonton ‘kartun’.

Malah, Balqis mendakwa ayahnya melakukan perbuatan onani di hadapannya dan ibu ketika berada di rumah dan juga ketika mereka berada di dalam kereta.

Baca: Malaysia duduki tempat pertama di Asia paling tinggi layari laman lucah

Aqish juga dilihat menangis ketika menceritakan pengalaman ‘gelap’ yang dihadapinya ketika dia masih kecil. Isu ini telah meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen tidak sangka pada usia Aqish yang muda telah berdepan sesuatu yang menakutkan.

Malah, para netizen juga mendesak agar pihak berkuasa dan pihak berkaitan untuk membantu Aqish serta bapanya menerima hukuman atas perbuatan tidak bermoral tersebut.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen sudah mula memahami mengapa Aqish berubah seperti itu dan berharap Aqish dapat mengatasi trauma yang sedang dihadapinya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.  

Netizen Tegur Tindakan Keluarga Ini Bentang Tikar Dan ‘Berkelah’ Di KLIA

‘Apa Salah Saya?’ – Lelaki Keliru Kereta Myvi Kena Clamp Walau Parkir Di Petak Kosong