Sebut mengenai Ustaz Ebit Liew pasti orang ramai cukup mengenalinya menerusi sikapnya yang rajin berdakwah dan bersedekah kepada orang ramai.

Jika pada awal bulan ini, beliau antara yang terawal membantu pelajar universiti, minggu ini beliau sekali lagi berjaya membantu orang ramai dengan menyalurkan air kepada warga Selangor yang terkesan dengan masalah bekalan air di negeri tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang lebih menarik menerusi bantuan pada kali ini, Ustaz Ebit Liew nampaknya berjaya menyalurkan bantuan dalam skala besar dengan mengagihkan dua lori besar buat penduduk Batu Caves, Selangor.

121806883_3653483271348558_6220291919731102582_o
Sumber: facebook Ebit Liew
122119300_3653483101348575_3998788126608019761_n
Sumber: facebook Ebit Liew

Menurut perkongsiannya, beliau bersama pasukannya mulai mengagihkan air bermula jam 10 malam sehingga waktu Subuh. Difahamkan setakat pagi tadi proses agihan masih lagi dijalankan dalam usaha memberikan bantuan air kepada orang ramai.

Usaha murni Ustaz Ebit Liew dalam membantu orang ramai ini nyata membuatkan para netizen kagum dengan usahanya serta mendoakan semoga beliau dimurahkan rezeki. Tidak kurang para netizen yang membandingkan bantuan Ustaz Ebit Liew dengan sosok individu yang lain.

Screen Shot 2020-10-20 at 11.55.01 AM
Sumber: facebook Ebit Liew
Screen Shot 2020-10-20 at 11.55.15 AM
Sumber: facebook Ebit Liew
Screen Shot 2020-10-20 at 11.55.27 AM
Sumber: facebook Ebit Liew

Tular pada awal bulan ini apabila Ebit Liew diminta mohon maaf selepas menghantar pulang pelajar universiti ‘tersangkut’.

Ebit Lew Diminta Mohon Maaf Selepas Hantar Pulang Pelajar Universiti ‘Tersangkut’

Selepas ElewsMart, Ebit Lew Wujudkan ‘Food Bank’ Khas Untuk Membantu Golongan Yang Memerlukan

Sumber