Jika sebelum ini Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pernah mengutarakan cadangan untuk kerajaan menawarkan bantuan khas buat penggiat seni di Malaysia, kini Zed Zaidi kembali lagi dengan cadangan terbaru bagi membela nasib para artis dan selebriti.

Menerusi kenyataan terbaru yang dibuat, Zed Zaidi berharap pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 lebih awal kepada golongan artis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
553
Sumber: mstar online

Cadangan tersebut dikemukakan setelah mendapat aduan daripada para artis yang sakit hidung setelah kerap menjalani ujian swab test setiap kali menerima tawaran kerja. Tambahnya lagi, terdapat rakan artis yang sudah fed up dengan kekerapan ujian saringan yang perlu dilakukan.

Penerimaan vaksin COVID-19 dengan lebih awal ini secara tidak langsung memudahkan rakan artis untuk tidak lagi menjalani ujian saringan COVID-19 sekaligus mengurangkan kos kerajaan dalam menjalani ujian saringan berkenaan.

Selain itu, beliau juga mencadangkan agar pihak kerajaan mempertimbangkan penggunaan artis dalam kempen vaksinasi COVID-19 seperti yang dilakukan kerajaan Indonesia.

Menurutnya, penggunaan artis dan selebriti ini secara tidak langsung bakal membantu pihak kerajaan untuk meningkatkan jumlah individu yang berminat untuk mendaftar diri mendapatkan vaksin. Zed Zaidi juga berpendapat kerajaan sangat rugi sekiranya tidak menggunakan pengaruh artis dalam mempromosikan vaksin.

Meskipun cadangan yang dibuat sekadar mengutarakan nasib para artis, cadangan yang dibuat nyata kurang mendapat persetujuan netizen yang berpendapat terdapat golongan lain yang lebih memerlukan berbanding para artis.

Screen Shot 2021-03-18 at 10.46.28 AM
Sumber: Facebook mstar online
Screen Shot 2021-03-18 at 10.46.51 AM
Sumber: Facebook mstar online

Adakah anda berpendapat golongan artis wajar diberikan vaksin terlebih dahulu bagi mengurangkan kekerapan menjalani ujian saringan atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen Facebook VOCKET.

Tular pada minggu ini apabila komen pedas Hafiz Hamidun terhadap Nabila Razali mendapat teguran daripada Dato’ Fazley Yaakob.

Komen ‘Pedas’ Hafiz Hamidun Kepada Nabila Razali Mendapat Teguran Dato’ Fazley Yaakob

Walau Terkucil Ketika Menyanyi ‘Live’ Di AJL35, Nabila Razali Akui Itu Persembahan Terbaik Beliau