Low Self Esteem atau lebih mudah diterangkan sebagai sifat rendah diri, agak sukar sebenarnya untuk ditafsirkan secara tepat. Rasa rendah diri atau low self esteem (LSE) ini adalah perasaan bahawa seseorang lebih rendah jika dibandingkan dengan orang lain dalam hal-hal tertentu.

Simptom ini umumnya berlaku tanpa disedari dan membuatkan orang yang merasakannya bertindak mengambil tindakan lain bagi mengimbanginya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berbeza dengan perasaan rendah diri yang biasa di mana sifat kurang keyakinan diri membawa perasaan putus asa dan cuba melarikan diri saat mengalaminya.

Dalam perumpamaan ringkas, ia juga boleh diterangkan sebagai memiliki sifat rendah diri yang ekstrim. Merasakan sesuatu yang dicapai orang lain lebih baik daripada dirinya sendiri.

Adakah sifat ini positif atau negatif?

Lihat dari dua sudut, sejauh mana anda menentukan keputusannya. Boleh jadi baik atau sebaliknya.

Positif

Dari sudut positif, ianya sangat baik. Orang yang memiliki sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan. Disebabkan sifat rendah diri tadi, ia cenderung dan sentiasa mendapat layanan dan perhatian yang baik oleh kebanyakan orang yang hampir dengannya seperti ibu bapa, guru dan rakan.

Individu ini sering mengalami kejayaan berbanding kegagalan. Sifat ini membentuk rasa gembira, sayang diri, tidak mudah melatah atau mengalah jika berhadapan dengan kegagalan. Juga bersifat lebih tenang, senang berinteraksi dengan orang lain dan mudah didampingi.

Negatif

Negatifnya low self esteem membuatkan individu dari golongan ini sentiasa rasa tidak gembira, cepat merajuk, tidak berpuas hati serta perasaannya cepat tersinggung. Individu seperti ini sering mengalami kegagalan dalam apa jua yang bidang yang dikerjakannya.

Mereka juga kurang mendapat perhatian dan kasih sayang, biasanya orang seperti ini tidak mempunyai ramai kawan. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah.

Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya.

Bagaimana mengesan ianya positf atau negatif?

Sifirnya sangat mudah! Jika positif, individu seperti ini mempunyai hubungan yang baik dengan orang di sekeliling. Ramai yang suka mendekati dan berkawan dengannya. Berbeza pula sebaliknya.

Anda jenis yang kurang berkeyakinan atau terasa terlalu rendah diri? Adakah ia baik atau tidak?