Nota Editor: Bersempena dengan musim haji, Rangkaian Tadika ABS telah membawa anak-anak kecil yang dipanggil Tuan Muda dan Cikpuan Muda melakukan simulasi haji seperti betul-betul. Teruja dengan cerita ini, kami dengan kerjasama Rangkaian Tadika ABS berkongsi semula kisah ini di laman Vocket. Sebagai seorang ibu, tersentuh hati melihat anak-anak kecil diajar mencintai Rukun Islam yang ke-lima ini pada umur yang sangat muda. Semoga bermanfaat.

haji-cilik-01
Tadika ABS Mustaqim, Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam

Aku memenuhi panggilan-Mu ya Allah

Aku memenuhi panggilan-Mu

Aku memenuhi panggilan-Mu

Tiada sekutu bagi-Mu

Aku memenuhi panggilan-Mu

Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milik-Mu

Begitu juga kerajaan tiada sekutu bagi-Mu

Haji1
Tadika ABS

Tetamu Allah. Panggilan mulia untuk jemaah haji yang berpeluang dipanggil ke tanah suci bagi menunaikan haji dan umrah. Wang ringgit walaupun merupakan faktor besar untuk menjejakkan kaki ke sana, namun bukanlah faktor utama. Ada yang sudah cukup wang, tetapi terpaksa menolak jemputan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kesihatan dan komitmen keluarga. Ada yang sudah cukup wang, namun masih tidak dijemput atas faktor giliran. Begitulah kekuasaan Allah Yang Esa, hanya yang istimewa layak menjadi tetamu-Nya. Kita sebagai hamba, berusaha untuk menyediakan diri dan keperluan secukupnya untuk melayakkan diri. Serahkan tugasan jemputan ke sana kepada Allah Yang Maha Kuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
haji-cilik-04
Tadika ABS

15 September 2015. Hari yang dinanti tiba. Tuan Muda dan Cikpuan Muda dari Rangkaian Tadika ABS sudah bersiap sedia untuk ‘menunaikan fardu haji’. 138 jemaah haji cilik Rangkaian Tadika ABS dijemput ke program Simulasi Haji Cilik 2 di Masjid Sultan Azlan Shah, Shah Alam. Bergabung dengan lebih kurang 3000 jemaah haji cilik yang lain di seluruh Malaysia, mereka menerokai Rukun Islam ke-5 ini dengan penuh perasaan teruja. Cuaca jerebu yang semakin kronik melanda negara seakan-akan menggambarkan situasi jemaah haji di sana. Mereka dibekalkan dengan topeng muka dan mulut. Guru-guru mengingatkan untuk minum air masak dengan banyak.

Haji4
Tadika ABS

Di Tadika ABS, Rukun Islam pertama dan kedua sudah sering diulang-ulang di dalam amali solat harian dan program khas ‘Smart Solat’ setiap minggu. Begitu juga dengan Rukun Islam ke-3 telah dilaksanakan semasa menjelangnya Ramadan. Rukun Islam ke-4 pula telah diterapkan dalam silibus pembelajaran Kelab Usahawan Abdul Rahman bin Auf atau lebih dikenali dengan nama Kelab ‘ARAF.

haji-cilik-03
Tadika ABS

Program Simulasi Haji Cilik 2 Anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan International Islamic College ini telah melengkapkan pembelajaran Rukun Islam ke-5. Antara aktiviti yang dilakukan ialah tawaf, saie, melontar jamrah dan bertahallul. Rukun Islam ke-5 ini mudah dilakukan secara praktikal berbanding sekadar membaca buku, menonton televisyen atau mendengar penerangan guru.  Mudah-mudahan inisiatif kecil ini dapat membentuk generasi ummah yang bersatu padu tanpa mengira darjat dan bangsa dan menjadikan Islam sebagai pegangan hidup mereka.

haji-cilik-05
Tadika ABS

Hari ini memori indah tercipta. Mereka tahu Replika Kaabah dibuat hanya sebagai gambaran berada di Tanah Suci Mekah. Di dalam hati mereka, menyimpan impian besar. Mereka mahu ke Tanah Suci Mekah, kali ini bukan dengan rakan-rakan. Mereka mahu pergi bersama insan tersayang, insan yang penting dalam hidup mereka.

“Seronok pergi haji semalam?”, tanya mama.

“Seronok!”, balas Tuan Muda Azri

“Nak pergi lagi?”, mama menduga anak kecil ini

“Nak! Adik nak pergi dengan mama, abah dan kakak. Kali ni nak pergi Mekah betul-betul”

“Amin, insya-Allah. Kita simpan duit sebab nak pergi Mekah ni kena ada duit banyak”, balas mama.

“OK!”, jawab Tuan Muda Azri.

(Perbualan dilaporkan oleh Puan Nor Azian, ibu Tuan Muda Azri dari Tadika ABS Al-Furqan Seksyen 27 Shah Alam.)

Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila anak kecil sudah menyimpan angan-angan menunaikan haji. Apatah lagi jika ibu dan ayah mahu dibawa sekali.

Haji3
Tadika ABS

Tadika ABS sentiasa menyediakan ruang yang luas untuk anak-anak mempelajari sesuatu ilmu dengan cara yang berbeza, sesuai dengan zaman kanak-kanak yang aktif dan sering mahu meneroka dunia yang penuh warna-warni ini.

BACA: Perkongsian Pengalaman Seorang Gadis Tunaikan Haji Di Usia 21 Tahun

BACA: Peluang Tunaikan Haji Menggunakan Kuota UK Yang Ramai Pelajar Malaysia Tidak Tahu

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber