Anda ada masa terluang selama 2 jam 30 minit? Kalau ya, anda boleh lihat cara sebenar Titanic tenggelam.

Ini adalah animasi dari satu permainan video yang akan dikeluarkan, Titanic : Honor and Glory. Pereka permainan video ini memang mengambil kira setiap perkara secara terperinci supaya pemain nanti dapat merasakan suasana sebenar keadaan semasa Titanic tenggelam.

Tidak tahu bagaimana cara bermain permainan video ini nanti. Anda tengoklah dulu animasi ini sementara tunggu permainan video ini keluar. Harap-harap ada Jack dan Rosebuat cameo.

Sumber