Sebuah simulasi yang dicipta Purdue University di Amerika Syarikat pada 2014 menunjukkan bagaimana virus SARS  boleh tersebar dalam ruang yang sempit seperti kabin kapal terbang.

Simulasi tersebut dilakukan berdasarkan virus tersebut yang muncul pada 2003 sebelum ini yang menggambarkan ia boleh tersebar melalui udara seperti laporan Daily Mail UK.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kajian yang dilakukan School of Mechanical Engineering dari universiti tersebut menunjukkan bagaimana titisan kecil yang tidak kelihatan daripada batuk boleh tersebar dalam pesawat penumpang Boeing 767.

Ia dilakukan pada 2014 bagi mengkaji penularan penyakit berjangkit dalam pesawat supaya mereka dapat mencari sistem ventilasi yang selamat dan optimum.

covid19planeinfect

Simulasi itu menunjukkan bagaimana pembawa virus SARS itu boleh menjangkiti sehingga sepuluh penumpang lain hanya dengan batuk di dalam ruang terkurung tersebut.

Angka sepuluh penumpang itu bagaimanapun merupakan anggaran mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan jangkitan itu sebenarnya mampu untuk merebak ke seluruh penjuru kabin.

Kumpulan yang membuat kajian itu memberitahu penyakit berjangkit seperti Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan avian flu boleh menyebabkan gangguan sosial dan ekonomi yang signifikan.

“Transmisi penyakit berjangkit boleh berlaku di pesawat penumpang komersial,” tulis Qingyan Chen dan rakan-rakan.

27803300-8270193-image-a-21_1588179545687

27803298-8270193-Scientists_made_it_in_2014_to_study_infectious_disease_transmiss-a-25_1588191404737

27803304-8270193-Up_to_ten_people_around_the_cougher_are_highlighted_as_most_at_r-a-26_1588191404742

Laporan tersebut bagaimanapun menyebut simulasi ini hanya terpakai untuk virus SARS sebelum ini dan bukannya COVID-19 yang dihadapi ketika ini.

Ini kerana difahamkan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus COVID-19  menular melalui titisan pernafasan yang ukurannya jauh lebih besar.

Titisan ini – yang lebih besar berbanding titisan yang ditunjukkan dalam video di atas hanya mampu bergerak dalam jarak yang dekat sebelum jatuh ke lantai.

Disebabkan itulah, amalan penjarakan sosial sejauh 2 meter disarankan kerana ia mampu untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 ini.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Bilionair teknologi Bill Gates sebelum ini menjangkakan vaksin untuk menyembuhkan COVID-19 bakal dikeluarkan dalam tempoh setahun lagi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Dijangka Tiba Seawal Setahun Lagi

Netizen Indonesia ‘Serang’ Instagram KKM Gara-Gara Salah Faham Kes Import COVID-19

Kim Jong-un Dilaporkan Bersembunyi Kerana Takut Dijangkiti Wabak COVID-19

Sumber