Jika anda masih ingat mengenai insiden kecurian dalam penerbangan laluan antarabangsa kelas bisnes Malaysia Airlines bulan lalu, nampaknya kes ini berulang sekali lagi melibatkan penerbangan antarabangsa AirAsia.

Menurut perkongsian pengguna Facebook yang dikenali sebagai Tuan Muda Muhammad Fahmi, insiden kali ini berlaku ketika beliau dalam laluan Jakarta ke Kuala Lumpur. Menariknya, sindiket ini terjadi di dalam kalangan penumpang hot seat.

Beliau menceritakan kejadian bermula ketika anak kapal mengedarkan makanan yang ditempah atas talian kepada penumpang dan memerlukan pas masuk terlebih dahulu.

Mangsa berada pada kedudukan 4F manakala pelaku yang merupakan seorang warga China duduk di belakang mangsa. Mangsa mula menyedari beg beliau berada di tempat duduk belakang yang pada mulanya disimpan di tempat penyimpanan bagasi atas.

Mangsa mula menyoal pelaku tersebut berkali-kali dalam Bahasa Inggeris, akan tetapi pelaku tersebut seolah-olah tidak faham dan akhirnya menarik perhatian anak kapal bertugas. Untungnya ketika diperiksa, masih belum ada barang yang sempat diambil tetapi pelaku nampaknya sudah bersedia untuk mengambil duit, kad kredit dan tablet mangsa. Anak kapal mengambil tindakan bijak dengan memindahkan pelaku di kerusi barisan hadapan sekali untuk pemantauan.

Sebaik selamat mendarat di KLIA2 lelaki tersebut diiring pegawai keselamatan untuk tindakan selanjutnya. Semoga perkongsian ini menjadi peringatan untuk semua penumpang penerbangan untuk terus berwaspada dan menjaga barangan peribadi. Adalah lebih baik untuk meletakan beg sandang yang mengandungi barangan berharga di bawah kerusi hadapan jika bersaiz kecil.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!