Sudah lama sindiket ini dijalankan, nampaknya masih terdapat individu yang sanggup mendapatkan kereta klon hanya kerana harganya yang yang tidak masuk akal meskipun tidak mempunyai dokumen yang lengkap.

Terbaharu, sindiket kereta klon ini sekali lagi tumpas apabila pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu merampas tiga kenderaan mewah klon jenis Mini Cooper, Honda Jazz dan Toyota Vellfire.

Berbeza dengan modus operandi yang dijalankan sebelum ini, sindiket pada kali ini menyasarkan kenderaan dari Thailand berbanding kenderaan dari Singapura.

Screen Shot 2020-02-03 at 11.51.32 AM
Rampasan kereta yang dibuat baru-baru ini. Sumber: Harian Metro

Walau bagaimanapun, semuanya terbongkar apabila pemilik kenderaan kereta klon ini gagal memaparkan dokumen kenderaan apabila ditahan di sekatan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan, kereta Mini Cooper dikatakan telah dibeli oleh seorang pensyarah universiti tempatan dengan harga RM10,000 manakala Honda Jazz pula terjual dengan harga Rm15,000. Sindiket ini turut menawarkan Toyota Vellfire dengan harga RM39,000.

Orang ramai dinasihati untuk berhati-hati sebelum mendapatkan kenderaan khususnya kereta mewah dengan harga yang rendah bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dengan sindiket kereta klon.

Pada tahun lalu, negeri Terengganu telah mencatatkan rekod tertinggi dalam sindiket kereta klon.

Terengganu Catat Rekod Tertinggi Kes Kereta Klon

Enam Kereta Lamborghini Huracan Disita Jabatan Kastam Malaysia

Sumber