Walaupun pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah membuat laporan kepada pihak PDRM dan SKMM bagi membanteras kegiatan servis ‘lesen terbang’ ini, tapi kelihatan mereka masih berleluasa mempromosikan servis menggunakan pengiklanan berbayar Instagram.

Perkara ini disedari oleh seorang pengguna Twitter dan telah menjadi bualan pengguna Twitter lain yang mengaitkan servis ini merupakan salah satu lagi ‘kartel’ yang wujud di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/tristupe/status/1382132007178620932?s=20

Salah seorang pengguna Twitter telah berkongsi pengalaman menghubungi pihak servis ‘lesen terbang’ ini melalui WhatsApp dan mendapati pihak berkenaan mendakwa proses mendapatkan lesen diuruskan oleh pihak JPJ.

Pihak servis ‘lesen terbang’ turut menegaskan mereka hanya berurusan dengan pelanggan 100% melalui platform online sahaja dan lesen siap diproses dalam tempoh 5 ke 7 hari akan diposkan kepada pelanggan tanpa perlu hadir kelas mahupun ujian memandu.

vocket-servis-lesen-terbang-4
Sumber Gambar: Twitter @sir_egsy

Agak mengejutkan apabila melihat senarai ‘harga’ lesen yang ditawarkan untuk pelbagai jenis kenderaan jauh lebih murah berbanding harga disahkan oleh JPJ. Servis ‘lesen terbang’ bukan sahaja terhad untuk kereta dan motosikal sahaja, bahkan pelbagai jenis kenderaan muatan besar turut ditawarkan.

Sindiket tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menipu dan menyusahkan orang ramai pada masa akan datang yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Bahkan, meningkatkan jumlah warga asing mendapatkan lesen tidak sah untuk memandu di negara ini dengan sewenang-wenangnya. Semoga pihak berkuasa dapat membanteras sindiket ini seperti ‘kartel’ yang tumpas baru-baru ini.

Pada Januari lalu, pihak JPJ tampil memberi penjelasan dan menyeru orang ramai agar tidak mudah percaya dengan tawaran servis ‘lesen terbang’ ini.

Peroleh Lesen Tanpa Perlu Ujian, JPJ Sangkal Isu Agensi Palsu Yang Sedang Tular

Mudah Dan Cepat, Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk ‘Renew’ Lesen Secara Online

Sumber