ketawa

Pertama kali melihat gambar lelaki dan kereta mewah ini kami dah rasa macam ada yang tak kena.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebaik sahaja post ini terpapar di facebook, ramai yang membuat komen pm dan berminat ingin tahu bisnes yang dijalankan.

Dari post ini sangat jelas apakah sebenarnya perkara pertama yang muncul di fikiran rata-rata orang Melayu yang melihat seorang lelaki yang bergambar dengan kereta mewah dan memakai baju berjenama.

Kebanyakan akan berkata, dia seorang yang kaya dan berjaya.

Ramai juga yang lebih bijak melihat suatu yang tersirat dalam post ini.

Sebenarnya inilah gimik yang selalu digunakan oleh pengusaha skim cepat kaya dan perniagaan yang menyeleweng yang menawarkan keuntungan besar dengan cepat dan di luar jangkaan. Meskipun sudah jelas seperti tak berapa logik, masih ramai yang mahu mencuba nasib.

Post ini telah dibuat oleh blogger Ammar Yasir yang mahu memaparkan mentaliti orang Melayu yang mudah terpedaya dengan paparan material yang mewah dan mahu kaya dengan cara senang.

Yang tak tahan tu, nombor telefon yang digunakan sangat epik! 019-1234567, haha!

Sumber fb : Ammar Yasir

Like page The Vocket di Facebook