Kerap berlaku kekejangan tangan yang semakin melarat? Pergelangan tangan kerap kebas dan berdenyut-denyut? Sakit tangan yang dialami semakin berpanjangan dan tidak selesa? Sekiranya anda mempunyai situasi masalah berikut, berkemungkinan anda mengalami sindrom Carpal Tunnel ataupun dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

Apakah Maksud Sindrom Carpal Tunnel?

“CTS berlaku apabila saraf median yang terletak pada pergelangan tangan tersepit menyebabkan rasa kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan setengah bahagian pada jari kecil. Simptom ini bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan melarat sehingga ke bahagian tangan dan lengan.”
-Kol (B) Dr. Azmi Abdul Latiff, Perunding Ortopedik, Artoroskopi dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

cts 4

“Saraf median pergelangan tangan yang tersepit menyebabkan terowong yang berada pada tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi sempit berikutan terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke tangan. Tekanan yang berlaku mengakibatkn tidak berfungsi dengan normal dan menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.”
– Dr. Mohd Mahamud Musman, Pakar Ortopedik & Traumatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC)

cts 5

“CTS adalah berlaku tekanan kepada saraf median di pergelangan tangan di mana kerap berlaku kepada wanita berbanding lekaki dan dalam 80% kes, pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.”
– Dr. Ahmad Mahyuddin, Pakar Bedah Ortopedik, Hospital Pahang

Perbezaan Pergelangan Tangan Normal & Pergelangan Tangan yang Mengalami CTS

cts 3

Tanda-Tanda Mengalami CTS

  • Kebas pada bahagian pergelangan tangan dan jari terutama ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta sebahagian pada jari manis
  • Sakit & berdengut pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan dan jari
  • Rasa lemah pada bahagian tangan menyebabkan sukar memegang sesuatu objek

Contoh Pekerjaan yang Berisiko Mengalami CTS

  • Bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat
  • Pekerjaan melibatkan menaip berulang kali
  • Memandu kereta
  • Menjahit dan melukis
  • Penglibatan sukan yang menggunakan pergelangan tangan – pemain bola baling dan badminton
  • Pemain muzik professional

Faktor yang Menyebabkan Risiko CTS

  • Keturunan
  • Penyakit artritis – penyakit sendi terutama sendi pergelangan tangan
  • Masalah kesihatan – diabetes & gangguan tiroid
  • Kegemukan
  • Wanita yang hamil menggunakan pil perancang keluarga
  • Merokok

Senaman Untuk CTS

Selain senaman, anda boleh mengurangkan rasa sakit dengan mengelakkan penggunaan tangan yang berlebihan, memilih alat yang bercirikan ergonomik, melakukan terapi dengan pegawai fisioterapi bertauliah dan yang lebih penting berjumpa doktor untuk tahu kondisi sebenar tahap CTS anda. Sekiranya teruk, anda berkemungkinan perlu menjalani pembedahan bagi mengurangkan tekanan di kawasan yang alami CTS.