Penyanyi terkenal dari Ireland, Sinead O’Conner mengejutkan ramai pihak dengan pendedahan beliau kini memeluk agama Islam menerusi laman Twitter miliknya.

https://twitter.com/MagdaDavitt77/status/1053340513871384576

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, Sinead O’Connor adalah salah seorang penyanyi terkenal di era 90an dan antara lagu yang mengangkat nama Sinead di pentas antarabangsa adalah ‘Nothing Compares 2U‘.

Beliau turut akan menggunakan nama baharu dan mahu peminat mengenalinya sebagai Shuhada’ Davitt. Shuhada membuat pengumuman berkenaan kerana berbangga menjadi seorang Muslim dan sudah meninggalkan agama Kristian Katolik yang dipegangnya sebelum ini demi kebaikan.

Beliau yang menjalani rawatan mental intensif di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu turut merakam video melaungkan azan dan memuat naik video tersebut. 

https://twitter.com/MagdaDavitt77/status/1053405772917473282

Pasti ada saudara Islam berdekatan Shuhada’ yang akan membimbing beliau mendalami agama Islam. Semoga dipermudahkan urusan Shuhada menjadi saudara baharu.