Mengubah pesawat lama menjadi restoran bukanlah satu konsep baru, tetapi menggunakan pesawat yang masih aktif bagi tujuan tersebut menunjukkan bahawa tekanan kewangan syarikat penerbangan berada di tahap yang membimbangkan.

Terbaharu, Singapore Airlines merancang untuk menukar salah satu pesawat penumpang terbesar dunia menjadi restoran dan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pelanggan.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Inisiatif ini dilakukan bagi menghubungkan kembali syarikat tersebut dengan para pelanggan setelah wabak COVID-19 datang menyerang dunia sehingga memberi kesan kepada industri penerbangan.

Disebabkan negara yang kecil dan jaringan domestik yang tidak begitu besar, syarikat penerbangan Singapura itu telah mengalami masalah kewangan dan terpaksa memberhentikan seperlima kakitangan mereka.

Selain menukar menjadi restoran dan perkhidmatan penghantaran makanan, Singapore Airlines juga menawarkan lawatan buat para pelanggan bagi merasai sendiri pengalaman di pusat latihan mereka.

“COVID-19 telah mengurangkan jumlah penerbangan yang dikendalikan oleh Kumpulan SIA secara drastik, kami telah melakukan aktiviti unik yang membolehkan kami berinteraksi dengan peminat dan pelanggan kami selama ini,” kata Goh Choon Phong, CEO Singapore Airlines (SIA) .

Buat para pelanggan yang ingin merasa sendiri pengalaman menjamu selera di atas kapal terbang bertingkat A380, pesawat penumpang terbesar dunia. Mereka boleh memilih kelas kabin dan menu berbeza yang akan disediakan oleh chef antarabangsa. Lebih unik lagi, pelanggan yang hadir dengan memakai pakaian tradisional akan menerima hadiah istimewa.

Sekiranya pelanggan mahu makanan mereka dihantar ke rumah, Singapore Airlines akan menyediakan video selamat datang, panduan cara memanaskan makanan serta senarai lagu yang disediakan khas bagi tujuan untuk mencipta semula pengalaman berada di atas kapal terbang.

Selain SIA, Thai Airways juga telah mengambil langkah yang drastik dengan mengubah kafe ibu pejabat Bangkok menjadi restoran yang bertemakan syarikat penerbangan, ia dihiasi dengan tempat duduk pesawat serta pekerja restoran yang berpakaian kru kabin.

Untuk membaca laporan lain, klik pautan di bawah.

Malaysia Airlines Pecat Seorang Pramugari Gara-Gara Berat Badan Naik 0.7kg

Malaysia Airlines Dilaporkan Berisiko Bankrap Tanpa Bantuan Kewangan

AirAsia Cadang Ambil Alih Malaysia Airlines Daripada Khazanah Nasional

Anda Mungkin Suka