Singapura akhirnya membenarkan jururawat Muslim memakai tudung ketika bertugas di hospital. Peraturan yang akan berkuatkuasa pada bulan November dan melibatkan 7,000 kakitangan perubatan ini telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong semasa berucap di negaranya semalam, lapor Yahoo News Singapore.

Menurut Lee, dia telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Muslim tempatan beberapa bulan yang lalu untuk memberitahu mereka bahawa kerajaan pimpinannya sudah bersedia untuk membuat peruntukan tersebut. “Kami membuat penyesuaian yang teliti untuk menjaga keharmonian kaum dan agama kami dengan baik. Pendekatan ini telah berjalan dengan baik selama bertahun-tahun,” kata Lee dalam ucapannya.

Selama beberapa dekad, tambahnya lagi, jumlah wanita Muslim yang memakai tudung di Singapura terus meningkat, baik di lingkungan sosial dan di tempat kerja. Oleh itu, dengan membenarkan jururawat memakai tudung telah menjadi perbincangan utama dalam masyarakat.

Lee menyatakan bahawa perbincangan mengenai penggunaan tudung di tempat kerja telah dimulakan sejak tahun 2014 lagi. Pada masa itu dia mengadakan pertemuan tertutup dengan para pemimpin Muslim. Mereka menjelaskan kepada Lee bahawa memakai tudung itu penting bagi wanita Muslim dan berharap agar kerajaan memberikan kebenaran.

Memetik The Straits Times, difahamkan bahawa perubahan ini hanya melibatkan kakitangan hospital. Bagi institusi pendidikan, kata Lee, semua pelajar harus memakai pakaian seragam yang telah ditetapkan tanpa mengira latar belakang sosial, bangsa, dan agama. Terdapat keperluan untuk memupuk persamaan dan meminimumkan perbezaan bagi membina ikatan Singapura yang lebih kuat.

Lee juga menjelaskan untuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Home Team dan perkhidmatan lain. Institusi-institusi ini mesti mengekalkan status quo kerana mereka adalah komponen penting buat negara yang dibina atas dasar tidak berat sebelah, bersenjata dan sebagai penegak undang-undang.

Seorang pelajar sekolah dari Malaysia bertindak duduk seorang diri di Singapura kerana tidak mahu terlepas aktiviti persekolahan sepanjang penutupan sempadan akibat wabak COVID-19. Klik oautan di bawah untuk membaca lebih lanjut.

Tidak Mahu ‘Ponteng’ Sekolah, Pelajar Malaysia Terpaksa Tinggal Seorang Diri Di Singapura

Benarkah Singapura Negara Paling ‘Perfect’ Di Dunia?

Apa Yang Kita Boleh Belajar Daripada Polisi Perumahan Singapura