Nampaknya ada sebuah syarikat yang mendahului perlumbaan untuk teksi pandu sendiri ini. NuTonomy, sebuah syarikat dari Singapura menjadi yang pertama di dunia merealisasikan teknologi ini.

Uber baru mahu mulakan servis teksi pandu sendiri versi mereka bulan hadapan. Tetapi NuTonomy sudah pun selangkah ke hadapan dan telah pun mendapat testimoni pengguna untuk servis mereka ini. Setakat ini ada 6 kereta automatik ini telah dicipta untuk tujuan beta test.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

autonomy

Tidak seperti Uber yang menggunakan Volvo XC90, NuTonomy menggunakan model kereta yang lebih kecil; Renault Zoes dan Mitsubishi i-Miev. Buat masa sekarang, servis ini cuma menawarkan servis dalam radius 2.5 batu persegi dan cuma membenarkan penumpang naik dan turun di destinasi sekitar radius ini sahaja.

Servis NuTonomy ini masih dalam peringkat trial dan kemungkinan besar servis ini akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018. Lihat reaksi penumpang servis ini dalam video di bawah. Jika servis ini sudah beroperasi, adakah anda akan menggunakannya jika ke Singapura kelak?

BACA : Uber Sudah Bersedia Perkenalkan Servis Kereta Pandu Sendiri

Sumber