Menurut laporan daripada The Economist baru-baru ini menyebut negara jiran, Singapura sebagai bandar kedua paling selamat di dunia secara keseluruhan dibelakang Tokyo. Kedudukan ini ditentukan oleh beberapa faktor antaranya keselamatan digital, keselamatan individu dan keselamatan infrastruktur.

Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-31 sebagai bandar paling selamat secara keseluruhan diikuti oleh bandar Shanghai pada tangga ke-32 manakala ibu kota negara jiran, Jakarta berada pada kedudukan ke-57.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

bandar selamat

Dari segi keselamatan digital yang merangkumi beberapa faktor seperti keselamatan data peribadi dan sistem pengkomputeran, Malaysia tidak jauh ketinggalan berbanding kota London yang berada pada kedudukan ke-24 berbanding Malaysia pada kedudukan ke-30.

digital security

Mungkinkah dibawah pemerintahan era baharu ini Malaysia boleh meningkatkan keselamatan untuk menempatkan bandar atau negara ini setanding dengan bandar-bandar maju yang lain?