Setiap kali menjelang bulan Ramadan, pastinya warga yang tinggal di selatan tanah air serta warga Singapura akan ke Bazar Ramadan Geylang Serai. Menyajikan pelbagai makanan unik untuk juadah berbuka antara yang membuatkan lokasi ini sering menjadi tumpuan para pengunjung.

Walau bagaimanapun, berbeza pada tahun ini apabila Bazar Ramadan Geylang Serai bakal hilang serinya dengan pembatalan penjualan berikutan wabak coronavirus yang menular serta sebagai langkah berjaga-jaga buat orang ramai untuk mengelakkan diri daripada menghadiri ke tempat yang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ramadan-geylang-bazaar-2019-768×597
Sumber: sassymamasg

Difahamkan, pengumuman yang dibuat pihak berkuasa di Singapura ini tidak hanya tertakluk buat bazar Ramdan malah bazar melibatkan penjualan sempena Hari Raya seperti yang kerap dibuat setiap tahun juga bakal dibatalkan. Beberapa lokasi yang bakal ditutup sempena musim ini adalah Wisma Geylang Serai, Tampines Hub dan Woodlands.

Meskipun mengetahui berita ini mungkin membuatkan segelintir warga Singapura kecewa begitu juga dengan para peniaga, langkah ini terpaksa dibuat dalam mengurangkan risiko penularan wabak coronavirus.

Di Malaysia, Perdana Menteri telah merayu rakyat Malaysia untuk stay at home sepanjang tempoh dua minggu ini dalam usaha untuk putuskan rantaian COVID-19. Turut dikongsikan, pasangan yang bangga melancong ke Korea sempena musim wabak ini.

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

Bangga Melancong Ke Korea Ketika Musim Wabak, Pasangan ‘Selfish’ Ini Dikecam Hebat Netizen