Situasi negara jiran nampaknya menjadi semakin parah dan serius selepas Singapura merekodkan jumlah kes tertinggi negara dalam sehari dengan 728 kes terbaru sekaligus membuatkan jumlah kes terkumpul mencecah 4,427 sepanjang wabak ini melanda.

Seperti yang berlaku sekitar dua minggu yang lalu, insiden yang sama turut berulang di negara ini apabila seramai 654 kes yang direkodkan positif COVID-19 setakat 16 April melibatkan warga asing yang berada di kawasan perumahan flat.

ct-moh-1604
Sumber: Straits Times

Sebanyak lima kluster telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura melibatkan beberapa dorm yang menempatkan jumlah warga asing yang ramai dalam sesebuah rumah sekaligus menjadi punca penyebaran wabak COVID-19.

Setakat ini, 11 Dormitory @ Punggol, Singapura dilaporkan menjadi kluster terbesar dengan jumlah 181 kes positif sekaligus mengumpulkan 979 kes positif di tempat ini sepanjang wabak COVID-19 melanda.

Screen Shot 2020-04-17 at 12.32.32 AM
Sumber: SCMP

Berita ini nampaknya telah mencetuskan panik buat warga Singapura melihatkan jumlah angka kes positif yang meningkat secara mendadak. Setakat ini, Singapura merekodkan 10 kematian sepanjang wabak ini melanda.

Sebelum ini Singapura telah mengumumkan pembatalan penjualan di bazar Ramadan pada tahun ini walau bagaimanapun pengumuman penutupan IKEA sekaligus membuatkan warga Singpura melakukan pembelian panik.

Rakyat Singapura Panik, Sanggup Beratur Panjang Demi Bebola Daging Dan Produk IKEA

Singapura Batalkan Sebarang Penjualan Di Bazar Ramadan Pada Tahun Ini