Singapura telah menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dari Belgium semalam. Vaksin tersebut dibawa pesawat kargo Singapore Airlines (SIA) yang berlepas dari Brussels pada hari sabtu dan tiba di Singapura sekitar 7.55 malam.

Menurut SIA, ini merupakan bekalan vaksin Pfizer-BioNTech pertama dihantar ke sebuah negara di Asia dan pihaknya berbangga kerana dapat memainkan peranan penting untuk penghantaran serta pengagihan vaksin COVID-19 di peringkat antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
55e4132e6152c4ea897ace8a7b94e566.jpg=s660
Sumber: Reuters

Difahamkan, bekalan vaksin itu perlu disimpan dalam peti sejuk khas ketika dipindahkan ke pusat simpanan rantaian sejuk SATS, Coolport, untuk disimpan sebelum diedarkan melalui pengangkutan darat.

Dalam satu kenyataan, SIA berkata, ia berjaya melakukan penghantaran percubaan pada 19 Disember yang lepas menggunakan laluan penerbangan pesawat pengangkut yang sama. Pastinya dengan berita ini, rakyat Malaysia sudah mula tertanya-tanya bila bekalan vaksin Pfizer BioNTech ini akan tiba di negara kita pula.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan vaksin COVID-19 pada pautan di bawah ini.

Dua Penerima Vaksin Pfizer Alami Kesan Sampingan, Pakar Minta Semua Bertenang

Mahu Yakinkan Rakyat, Lim Guan Eng Cadang Ahli Parlimen Jadi Orang Pertama Terima Vaksin

Sumber